Seperti yang didedahkan MyMassa sebelum ini (http://mymassa.blogspot.com/2012/03/panas-skandal-khalid-ibrahim-dengan.html), berikut adalah laporan audit negara berkenaan dengan GLC yang diuruskan oleh kroni Khalid Ibrahim yang kebal dari sebarang tindakan tatatertib.
10. PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
- PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.
10.1. PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. (PAISB) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12 Oktober 1991 merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan modal berbayar berjumlah RM10.90 juta.
Objektif penubuhan PAISB adalah untuk menjayakan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh PKPS dan memasarkan produk pertanian pengusaha tempatan. PAISB dipertanggungjawab oleh PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurus operasi Kompleks Pasar Borong Selangor.
Berdasarkan Kertas Perancangan 5 Tahun (2006 hingga 2010), PAISB menetapkan sasaran untuk menjadi syarikat perniagaan khusus dalam pengurusan kompleks pasar borong dan pemprosesan produk berasaskan makanan serta perdagangan komoditi pertanian di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Pada tahun 2005, PAISB telah mendapat pinjaman di bawah Projek Dana Menggalakkan Pertanian Komersial berjumlah RM40.10 juta daripada Kementerian Kewangan. Pada tahun 2006, syarikat subsidiari PAISB iaitu Premium Agro Products Sdn. Bhd. pula telah mendapat pinjaman daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM50.20 juta.
Secara ringkasnya, jumlah pinjaman diperoleh PAISB dan syarikat subsidiarinya daripada Kementerian Kewangan adalah berjumlah RM90.30 juta. Mulai tahun 2009, Lembaga Pengarah PAISB terdiri daripada 2 orang sahaja iaitu Pengurus Besar PKPS sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan PKPS sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
10.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2010 hingga Februari 2011mendapati, secara keseluruhannya prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir uruskorporat PAISB adalah tidak memuaskan. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
10.2.1. Pada tahun 2010, PAISB mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.09 juta kerana kerugian atas penjualan saham syarikat subsidiari Premium Agro Products Sdn. Bhd. dan pelupusan bangunan Pusat Kitar Semula Sisa Kebun (Baja Kompos) di Klang berjumlah RM1.10 juta serta kedudukan kewangan PAISB masih kurang stabil kerana bergantung kepada pinjaman.
10.2.2. Pengurusan Kompleks Pasar Borong masih kurang memuaskan di mana terdapatkelemahan dalam pengurusan kutipan hasil serta kemudahan dan tahap kebersihan di pasarborong yang disediakan.
10.2.3. Dua projek yang dibiayai oleh pinjaman Kementerian Kewangan berjumlah RM40.10 juta gagal mencapai matlamatnya serta satu projek berjumlah RM50.20 juta gagal memulakan pengeluaran dan memasarkan produk dalam tempoh yang ditetapkan.
10.2.4. Pengurusan tadbir urus korporat PAISB tidak mematuhi peraturan Kerajaan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, seperti pelantikan Lembaga Pengarah dan pemantauan Lembaga Pengarah PAISB kurang berkesan serta Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan bagi menjaga kepentingan PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor.
10.3. Bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti, pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat syarikat, PAISB dan PKPS disyorkan mengambil tindakan seperti perkara berikut:
10.3.1. PAISB hendaklah meningkatkan promosi mengenai aktiviti Kompleks Pasar BorongSelangor.
10.3.2. PAISB hendaklah mempertingkatkan pengurusan Kompleks Pasar Borong Selangorseperti kemudahan asas, tahap kebersihan dan keselamatan, mengawal lambakan pekerjawarga asing, membuat penilaian dan penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan sambutan pengunjung.
10.3.3. PKPS hendaklah memantau tindakan undang-undang yang diambil oleh PAISBterhadap syarikat pembekal bagi mendapatkan bayaran penalti kerana melanggar syaratperjanjian.
10.3.4. PAISB hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan,mempertingkatkan pengurusan kewangan dan beroperasi selaras dengan peraturan yangditetapkan.
10.3.5. Lembaga Pengarah PKPS hendaklah memastikan Lembaga Pengarah dan pihakpengurusan syarikat subsidiari berperanan dengan berkesan bagi mencapai matlamat yangditetapkan. Pemantauan hendaklah dilaksanakan secara berkesan supaya kelemahan prestasi kewangan, pengurusan operasi dan aktiviti diambil tindakan penambahbaikan segera serta kerugian yang dialami dapat dikurangkan pada peringkat awal.
Bersambung laporan lengkap salah tadbir urus PKPS (GLC Pertanian Negeri Selangor) yang sama seperti NFC esok hari. Kenapa Rafizi tidak menjawab isu PKPS dan menyibuk pasal NFC? Bukankah tugas CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi perlu memastikan semua GLC di bawah Kerajaan Negeri mematuhi peraturan sedia ada. MyMassa cabar Rafizi jawab isu ini. Jangan dok konar dengan fitnah YAB PM pulak si jambu ni.
*Petikan dari Laporan Ketua Audit Negara Negeri Selangor m/s xxii - xxiii

+ comments + 1 comments
nice keep posting bro,
see my site
Post a Comment