Label 10

Home » » TERENGGANU HEBAT !! TARIK BALIK BIASISWA PELAJAR YANG TAK NAK BELAJAR..MEREKA SUKA BERDEMO JIJIK !!

TERENGGANU HEBAT !! TARIK BALIK BIASISWA PELAJAR YANG TAK NAK BELAJAR..MEREKA SUKA BERDEMO JIJIK !!

Written By AAKJ on Monday, March 19, 2012 | 6:00 AM


KUALA TERENGGANU 18 Mac - Kerajaan Terengganu telah menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.

"Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan e-Book di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pelajar berkenaan didapati terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas dan perhimpunan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) awal tahun ini.

"Kerajaan negeri berharap tindakan ini akan menjadi pengajaran kepada yang lain agar tidak terbabit dengan kegiatan tidak sepatutnya," kata Ahmad.

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua pelajar terbabit termasuk seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

"...kita lihatlah nanti," katanya.
 




AAKJ ;


Harap negeri lain turut sama...siapa tak kenal MB Terengganu yang berani !!


Tengok sendiri Menteri Besar yang memang berjiwa besar..kalau penakut baik undur saja hehe ;


Mari saksikan video Pembohongan Bersiri Adun PAS Batu Burok ini....
PART 1

PART 2
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger