Label 10

Home » » SELANGOR !! PERSATUAN BELIA NEGERI D HALAU DARI PEJABAT SEWAAN ?!!

SELANGOR !! PERSATUAN BELIA NEGERI D HALAU DARI PEJABAT SEWAAN ?!!

Written By AAKJ on Saturday, March 31, 2012 | 4:00 PM

 
Sana sini pakatan pembangkang berceramah mahukan sokongan orang muda,Baik dari PAS atau pun PKR.Mereka dilihat bersungguh sungguh mahukan lebih ramai golongan orang muda menyertai mereka.

Banyak program yang dianjurkan untuk golongan belia semata mata mahu memikat hati orang muda kononnya pakatan begitu mesra terhadap golongan ini.

Seperti biasa ,pakatan tidak dapat lari daripada sifat semulajadi mereka,berbohong,berjanji dan menindas.

Kesemua ciri ciri ini diperlihatkan tanpa golongan muda menyedari bahawa mereka sebenarnya tertipu.Kerajaan negeri Selangor hari ini bukan saja membunuh aspirasi perjuangan orang muda malah mahu menghapuskan NGO NGO belia dengan cara menekan dan menindas secara zalim.

Majlis Beliau Selangor (MBS) yang mewakili semua persatuan belia negeri Selangor dizalimi oleh kerajaan pakatan Selangor apabila secara tiba tiba mengenakan sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Beliau.

Kompleks Beliau telah dibina pada tahun 2001 oleh kerajaan negeri pada waktu itu,prasarana dan infrastruktur yang lengkap memboleh segala aktiviti persatuan persatuan beliau dapat dimanfaat sepenuhnya oleh mereka. Dengan adanya Kompleks Belia ketika itu membuktikan kerajaan BN mengiktiraf persatuan persatuan belia.

Kerajaan BN pada waktu itu bukan saja menyokong persatuan persatuan belia negeri Selangor,sebaliknya membantu secara ikhlas dengan tidak mengenakan sebarang sewa kepada persatuan ini untuk beroperasi di tingkat 4 dan 5.

Memandangkan MBS bukanlah sebuah badan yang berentitikan keuntungan,NGO ini dibantu oleh kerajaan negeri pada ketika itu untuk membantu golongan muda berpersatuan.

Malangnya ,kerajaan pakatan yang kononnya begitu kuat menyokong golongan beliau tidak cakap serupa bikin.Buktinya pihak pengurusan banggunan yang disewa oleh MBS telah mengenakan kadar sewa yang amat tinggi.

Banggunan Kompleks Beliau adalah dibawah seliaah Setiausaha Kerajaan Negeri,mereka mengenakan kadar sewa yang mencecah RM 5,280.00 termasuklah RM 900 untuk Bil elektrik dan air.

Semenjak kerajaan negeri diperintah oleh pakatan pada 2008,MBS mula dikenakan bayaran sewa dalam kadar RM19770 sebulan,tetapi amat mengejutkan apabila kerajaan negeri menaikkan kadar sewa yang mendadak dengan begitu tinggi sekali.


Inilah satu contoh bagaimana kerajaan negeri yang berkebajikan menzalimi persatuan persatuan golongan muda.Mereka bukan saja menekan rakyat malah dengan kadar sebegini mereka mahu membuktikan kerajaan negeri mampu memperolehi hasil yang banyak.

Kebajikan cara kerajaan negeri Selangor adalah dengan menzalimi orang lain yang kemudiannya mereka akan mendabik dada bahawa mereka begitu ikhlas membantu rakyat.

Khalid Ibrahim ,Menteri Besar Selangor barangkali sudah terlupa dengan kata kata beliau sendiri Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik


Ini membuktikan dari Menteri Besar sehinggalah ke Exco kerajaan negeri,kesemuanya langsung tidak boleh dipercayai 

BACA SELANJUTNYA D SINI :

 http://kitagempur.com/kgc/index.php?option=com_k2&view=item&id=854:kerajaan-negeri-selangor-menzalimi-persatuan-belia-negeri&Itemid=56
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger