BN sering dituduh kejam, zalim, tindas rakyat dan pelbagai lagi tuduhan-tuduhan jahat lain yang dilemparkan oleh pembangkang. Mereka cukup bijak mengalihkan perhatian rakyat untuk menutup perkara-perkara buruk yang mereka lakukan.
Hari ini kami di selangordaily.com ingin berkongsi dengan anda kisah kemunafikan dan kezaliman kerajaan Selangor dibawah pemerintahan PKR dan DAP.
Sebidang tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya , Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi. Kemudian pada tahun 2000 selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.
Tujuan diwujudkan TKPM adalah seperti berikut
- Mewujudkan zon pengeluaran makanan yang kekal;
- Menggalakkan penyertaan usahawan tani dan swasta dalam pengeluaran makanan dan;
- Penanaman berterusan dan pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti.
Antara konsep dan ciri-ciri projek pula dirangka seperti berikut
- Melibatkan MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kemudahan asas/ infrastruktur ladang
- Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah yang perlu digazet sebagai TKPM
Kerajaan negeri Selangor ketika itu telah bersetuju dan telah menandatangan MOU dengan Kementerian Pertanian bagi menjayakan TKPM di Bistari Jaya.
Seramai 25 orang peladang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. Antara projek pertanian yang dijalan dalam TKPM tersebut adalah
- Penternakan ikan(keli dan talapia)
- Ikan hiasan
- Pemprosesan ikan kering
- Kilang memproses makanan ikan
- Ladang ternakan ayam
- Kebun sayur dan buah-buahan
- Pusat semaian pokok dan bunga
Hasil usaha keras Kementerian Pertanian dan Jabatan Pertanian Selangor selaku pembimbing,serta usaha keras para peladang juga projek berjalan dengan lancar. Sejak diwujudkan sehingga kini hasil pertanian berjumlah 25.3 juta telah berjaya dikeluarkan dari TKPM tersebut. Peladang-peladang dari kawasan terbabit juga antara pembekal bahan pertanian utama di Lembah Klang.
Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, itulah perumpamaan yang layak digunakan apabila mengenangkan nasib peladang-peladang di kawasan tersebut sekarang. Usaha keras mereka selama tidak akan berkekalan. Semuanya akan musnah tidak lama lagi.
Pada 14 Mac 2012, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad iaitu sebuah GLC yang diterajui oleh Khalid Ibrahim telah menghantar notis kepada petani-petani di kawasan tersebut agar mengosongkan tanah berkenaan dalam tempoh 14 hari. Jika tidak dikosongkan tindakan undang-undang akan diambil.
Alasan mereka bahawa tanah tersebut diteroka secara tidak sah.
Persoalannya kini, jika tanah itu diteroka secara tidak sah, bagaimana mungkin Kementerian Pertanian serta Jabatan Pertanian Selangor boleh terlibat bersekongkol dengan pekebun haram ?
Jika mereka pekebun haram maka sudah tentulah Agro Bank juga tidak akan memberi pinjaman kepada petani-petani di kawasan tersebut.
Sebenarnya apa yang terjadi semuanya adalah kerana dendam politik. Mereka cuba menafikan perjanjian persefahaman yang telah dipersetujui antara kerajaan negeri yang diterajui oleh BN ketika itu dengan Kementerian Pertanian. Jika tiada persefahaman atau diteroka secara haram mana mungkin Jabatan Pertanian boleh terlibat dalam projek tersebut.
Kerana dendam politik PKR dan DAP sanggup menjadikan para petani sebagai mangsa. Segala apa yang diusahakan oleh petani-petani selama ini yang semuanya orang Selangor akan jahanam dalam sekelip mata tidak lama lagi kerana kerakusan politik mereka. Inikah yang dinamakan kerajaan kebajikan ?
DETAIL KAT SINI ;
Post a Comment