Kenyataan terdahulu daripada Pejabat Menteri Besar bahawa kerajaan negeri akan melakukan audit kepada semua kontraktor sampah sehingga kini kita masih belum menerima sebarang keputusan. Perkara yang sama berlaku ketika sidang Selcat. Siasat, inkuari akhirnya senyap tanpa sebarang penyelesaian.
Apa yang jelas adalah keputusan membeli 50 kompaktor menggunakan duit rakyat adalah satu pembaziran yang cukup besar. Ketika Alam Flora diberi kontrak kutipan sampah, semua jentera mahupun peralatan disediakan oleh mereka tanpa ada penglibatan daripada kerajaan negeri.
Sebuah kompaktor mengikut pasaran berharga melebihi RM100 ribu untuk memastikan kompaktor tersebut menepati syarat untuk melakukan kerja-kerja kutipan sampah. Tindakan kerajaan negeri untuk menyewakan kompaktor kepada kontraktor dilihat sebagai satu tindakan untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka daripada digantung.
Malangnya duit rakyat Selangor digunakan untuk memastikan kantung kroni-kroni mereka penuh walaupun secara logiknya penyediaan kompaktor adalah menjadi tanggungjawapa kontraktor.
baca detail story kat sini..gila lahhh selangor nih ;
Post a Comment