Label 10

Home » » SELANGOR HANCUR !! JIRAT CINA HARAM !! MBSA BERSEKONGKOL ?!!

SELANGOR HANCUR !! JIRAT CINA HARAM !! MBSA BERSEKONGKOL ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, March 14, 2012 | 4:00 PM

 



Lima lot tanah bernombor 3868, 3869, 3870, 3871 dan 3872 yang luas keseluruhannya 49 ekar, terletak di Seksyen U14 Shah Alam, Mukim Bukit Raja,Daerah Petaling telah dimajukan sebagai tanah perkuburan bukan islam oleh sebuah syarikat swasta bernama Premivest Sdn Bhd bersama sebuah syarikat sekutunya Fairy Park Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan dari Pejabat Tanah serta Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjalankan urusan pengkebumian jenazah bukan islam secara komersial. Tanah tersebut masih lagi berstatus pertanian sehingga kini. 
Sehingga kini juga lebih kurang 1000 jenazah telah dikebumikan di kawasan tersebut. Syarikat berkenaan juga turut membina  pintu gerbang, krematorim dan kolumnbarium diatas tanah tersebut tanpa sebarang kelulusan.
MBSA telah mengeluarkan 5 notis kepada syarikat terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah syarikat terbabit juga pernah dinasihatkan agar memohon kebenaran merancang kepada MBSA. 
Semua itu tidak pernah mereka endahkan. Premium tanah yang bernilai RM 30 juta juga tidak dibayar kepada kerajaan negeri.
MBSA tidak pernah merancang untuk menutup atau menyita tanah perkuburan berkenaan kerana bimbang ianya boleh mencetuskan isu perkauman. 
MBSA berjanji akan meluluskan permohonan pemaju dengan syarat mereka memohon. Itu pun mereka tidak pedulikan .

 
Ronnie sendiri telah beberapa kali mengeluarkan arahan kepada MBSA agar tidak mengganggu tanah perkuburan tersebut. Pernah sekali MBSA mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang perkara tersebut. Ketika mesyuarat berlangsung, Datuk Bandar MBSA ketika itu, Dato’ Mazalan Md Nor menerima panggilan dari Ronnie mengarahkan agar MBSA tidak mengacau tanah perkuburan tersebut.
Isu ini pernah dibincangkan oleh Selcat pada 01 September 2010, dimana  lima orang telah dipanggil memberi keterangan. 
Mereka adalah Datuk Bandar Shah Alam, DO Klang, Pengarah Perancang Bandar MBSA, Koh Tian Seng dan Goh Cho Seng dari Premivest Sdn Bhd. 

Bukan sahaja melindungi rumah-rumah urut ,rumah pelacuran,  kelab malam, dan mendalangi kegiatan curi pasir. Ronnie juga turut terlibat melindungi pengusaha kubur haram di Seksyen U14 Shah Alam. 

 

DETAIL D SINI ;
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger