Label 10

Home » » PAKATAN FITNAH!! DOKUMEN SULIT MODUS FITNAH PKR DIDEDAHKAN. BN ALERT!!

PAKATAN FITNAH!! DOKUMEN SULIT MODUS FITNAH PKR DIDEDAHKAN. BN ALERT!!

Written By AAKJ on Friday, March 16, 2012 | 10:08 AM

Ekslusif - Dokumen Sulit Modus Fitnah PKR Didedahkan. Pemimpin BN Tolong Alert!

Dokumen Sulit Atas Meja Anwar Ibrahim


Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya.

Dokumen diatas merupakan dokumen SULIT milik PKR yang telah digarap oleh Anwar Ibrahim dan pakar Staratgei PKR (CIA) dalam membinasakan kepercayaan rakyat keatas UMNO. Dokumen yang Sahih dan bukan satu rekayasa palsu dalam menfitnah PKR ataupun Anwar Ibrahim.Dalam gambar diatas kita dapat lihat beberapa Isu yang akan diketengahkan oleh pihak PKR dalam memainkan sentimen kebencian keatas pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional.

Melayu sudah beralih arah menyokong UMNO maka PKR merasakan perlu untuk memperbodohkan orang Melayu sekali lagi dengan menyokong pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 kelak. Kuasa Melayu ditagih oleh puak PKR diketuai Anwar Israel Jahanam ini.
Tembelang Mereka Dah Pecah

Isu Keronisme dan Rasuah akan dimainkan pihak pembangkang selepas ini sehingga kepada tarikh pilihanraya dan ini semua pekara yang sama digunakan pada PRU ke 12 yang lepas yang mana mengakibatkan Rakyat termakan hasutan pihak pembangkang.

Ironinya mereka Pakatan pembangkang seringkali menyatakan UMNO Korupsi dan Rasuah walhalkan jika kita lihat setakat penggal ini selepas PRU12 Kepimpinan pakatan lah yang banyak mengamalkan Korupsi dan Rasuah dalam pembahagian tender, Kontrak dan sebagainya. Sampaikan Tender Kontrak Sampah pun mereka kaut sehingga menyebabkan rakyat Selangor mendapat kesan hasil sampah yang tidak dikutip.

Rakyat Malaysia diminta peka akan hal ini yang mana pakatan akan terus terusan menipu anda dengan kehebatan mereka menyebarkan propaganda dan Fitnah jahat keatas Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Banyak usaha yang diakukan kerajaan BN selepas PRU12 yang lepas dan jika kita sendiri peka sudah pasti kita dapat lihat banyak Tranformasi yang dibawa kerajaan khas buat rakyat dengan pelbagai kemudahan dan sebagainya. Kedai rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, Subsidi itu ini, Boucer buku sekolah, Bantuan rm500 bagi yang layak malah bermacam macam faedah demi rakyat Malaysia diberi oleh kerajaan Barisan Nasional.



Pakatan PAS, DAP,PKR? cuba anda tanya dimana kebajikan yang mereka beri kepada anda. Mereka tadbir Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dan tanya apa yang diberikan dalam menjaga kebajikan buat rakyat?

Pemimpin Barisan Nasional juga diminta peka dengan modus operandi yang bakal dilakukan pihak Pakatan Pembangkang melalui ketua umumnya Anwar Ibrahim. Sudah sampai masaanya pemimpin BN perlu lebih tegas dan berani membalas fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang. Kita tampil apa sahaja Keronisme dan juga Rasuah serta salahgunakuasa yang berlaku dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan dan juga pemimpin mereka.

Fitnah mereka Pakatan Pembangkang semakin berleluasa dan diharapkan rakyat Malaysia tidak terus diperbodohkan oleh mereka. Ayuh kita ramai ramai tolak Pakatan PAS, DAP, PKR pada PRU 13 ini.
Akan ada lagi dokumen bakal menyusul selepas ini dalam membogelkan apa sahaja pekaraSUMBANG yang dilakukan pakatan PAS,DAP dan PKR. Rakyat Malaysia perlu mengetahui kebenaranya, dan Gomo serta rakan seangkatan yang lain akan mendedahkan nya satu persatu sehingga tiba hari pembuangan undi.

Nantikan......

tq-papagomo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger