Label 10

Home » » MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..INDAHNYA KAABAH !! siri 10

MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..INDAHNYA KAABAH !! siri 10

Written By AAKJ on Sunday, March 4, 2012 | 6:00 AM


Allah Taala juga menamakan Masjidilharam atau Kaabah dengan Baitul Atiq kerana Dia telah membebaskannya dari bala tentera (bergajah), oleh itu bala tersebut tidak menimpa Kaabah. 

Allah telah menghantar burung Ababil ke atas Abrahah dan tenteranya ketika cuba membinasakan Kaabah. (Dinamakan dengan Baitul Atiq juga) kerana Allah membebaskan pengunjung-pengunjungnya dari api (Neraka) apabila kematian mereka ketika berada dalam mentauhidkan Allah serta mengikut NabiNya (Islam). 

Kaabah dibina oleh bapa sekalian nabi-nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berpandukan firmanNya:
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), 

Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seribu sembahyang.

Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu.


Adab-adab memasuki Kaabah:

Mandi, suci dari hadas kecil dan besar, tidak menolak-nolak, hati mestilah khusyuk serta merasa rendah diri, mengeluarkan air mata sekiranya Allah s.w.t menghendakinya demikian, jangan meninggikan pandangan ke arah atap Kaabah, tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala dan hendaklah sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya (yang bermaksud): "Menjadi suatu kepelikan kepada seseorang Muslim ketika dia mengangkat pandangannya ke arah atap Kaabah apabila memasuki Kaabah. Tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala". Ketika Rasulullah s.a.w memasuki Kaabah, baginda tidak mengalih pandangannya dari tempat sujudnya sehinggalah baginda keluar.

Nabi s.a.w memasuki Kaabah empat kali selepas berhijrah.
Pertama: Di hari pembukaan Kota Mekah.
Kedua: Pembukaan Kota Mekah yang kedua.
Ketiga: Ketika mengerjakan Umrah qadha.
Keempat: Ketika mengerjakan Haji Wida'.

Pahala memasuki Kaabah:

Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang memasuki Kaabah lalu mengerjakan sembahyang di dalamnya, bererti dia masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan dalam keadaan dia diberikan keampunan". Pada lafaz yang lain: "Dia keluar dalam keadaan diampunkan dosanya".

Ibnu Umar r.a telah berkata tentang memasuki Kaabah: "Masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan". Ata' berkata: "Sesungguhnya aku lebih suka mengerjakan sembahyang di dalam Kaabah sebanyak dua rakaat dari mendirikan sembahyang empat rakaat di Masjidilharam".

Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju'dah bin Hubairah tentang firman Allah:
Yang bermaksud: Sesiapa yang memasuki Kaabah akan mendapat keamanan. Katanya: "Keamanam dari api Neraka".

Al-Hafiz Abu Tahir As-Salafi Rahmatullah mendendangkan nasyid kepada dirinya sendiri ketika memasuki Kaabah:
Yang bermaksud:

Adakah selepas memasuki Kaabah Allah akan menjamin
Adakah akan tertinggal dosa-dosa dan kesalahan yang tersembunyi.
Maka maha sucilah setiap perkara tadi, bahkan akan dimaafi segala-galanya
dan akan kembali seseorang itu dalam keadaan beriman dan gembira.

Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".

Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".



hari khamis. .penuh sesak baitullah. .ramai yg brpuasa sunat dtg berbuka. .kabilah2 brdekatan juga ramai dtg dgn family. .


turunlah waktu mana pun. .penuh kat kaabah. .hehe ingat kita je nak bangun awal. .org lain lagi awal huhu. .


Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. 

Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.



pegawai yang jaga team mantainence dalam Masjidil Haram


air zam zam. .hasil pengorbanan Nabi Ibrahim as sekeluarga demi akur dgn perintah Allah tanpa pentingkan diri. .air yg tkkan kering hingga kiamat insyaallah


hampir SD50 riyal..perghhh masuk hari kedua d Melah..selera ambo dah teruk..hari-hari makan yang sama d cafe hotel..nak merungut takut lagi teruk...ni share 2 orang hehe


kena cam betul-betul pintu mana kita masuk..kerana pintu tu akan bawa kita ke hotel kita..ada jemaah yang tak pulang setelah 24 jam..bila kita report kat petugas hotel depa senyum dan jawab.." esok pulang le tu.." adehhh pulang sungguh esoknya sorang jemaah yang datang dengan ambo huhu

Mula tu angin juga bila petugas hotel tu jawab gitu haha..banyak nak kena sabar masa d Tanah Haram ni...


Ni bukan orang meninggal..dia rehat sekejap..maybe dia dah 3 4 jam dok baca quran kat situ hehe..takde orang nak marah..aku banyak masa habiskan dengan jemaah luar..saja nak tahu


Foto ni aku letak sebab hari tu tertinggal hehe..ni masa aku d atas SUFFAH..tempat Abu Hurairah dan sahabat2 lain beribadat..d Masjid Nabi saw..


hehe ni azwan ali..dia bersama team ambo..ready nak buat UMRAH..nanti ambo cerita sikit hal dia..hehe abg wan mesti ingat ambo..ambo dah minta izin dengan dia..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger