Label 10

Home » » MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..SYURGA D BAWAH TAPAK KAKI IBU !!

MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..SYURGA D BAWAH TAPAK KAKI IBU !!

Written By AAKJ on Tuesday, March 6, 2012 | 6:00 AM



Ambo kali ni ke Mekah & Madinah untuk berUMRAH atas permintaan orang tersayang..ibunda..dia minta sangat-sangat anaknya temankan dia ke sana..Ketika ibunda minta..ambo terus setuju..tanpa pikir panjang..cuma ejah sikit masa supaya beberapa jadual kerja dapat d selesaikan sebelum ke sana ...

Hehe gambar kat atas tu bukan gambar ambo dengan ibunda..itu saja ambik gambar pasangan yang romantik..pasangan veteran..masa ni sebak..terfikir adakah sempat ambo bawa anak isteri ke sini dan adakah kita suami isteri akan kekal romantik hingga ke ujung nyawa hehe...



Kali ni memang mencabar bila bawa ibunda yang agak uzur..tak sama bila kita ke sini sorang-sorang..tahap sabar kena set d kepala pada tahap yang paling tinggi..maklumlah bukan bonda kita je yang uzur semasa d sana..beribu manusia yang uzur juga ada d sana d masa yang sama..

Kita tak boleh harapkan orang simpati dengan kita je..apa lagi memang boleh d puji kerajaan Arab Saudi yang mengurus tadbir 2 tempat suci kita..ada kemudahan khas untuk orang yang uzur..dari hotel nak ke masjid tak menyusahkan kita cuma kena sabar sebab orang terlalu ramai..

Kebetulan bonda uzur dan tak mampu nak berjalan jauh, jadi hotel ada sediakan khidmat percuma kerusi roda..hanya letak deposit je rm150 dan dapat balik deposit bila kita pulangkan kerusi roda itu..

Ada juga jemaah Malaysia bawa kerusi roda dari rumah dan ada yang terus beli ke sini bila kerusi roda tak cukup..bila nak pulang Malaysia..kerusi roda d sedekahkan pada hotel d sini..


Bawa bonda melawat ke tempat yang menjadi sejarah yang amat penting dalam peradaban Islam..tempat Allah turunkan WAHYU pertama kepada ummat Islam..

Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah yang pertama kalinya melalui malaikat Jibril


bersambung...


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger