Label 10

Home » » MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..KUCUP HAJARUL ASWAD BATU DARI SYURGA !!

MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..KUCUP HAJARUL ASWAD BATU DARI SYURGA !!

Written By AAKJ on Monday, March 5, 2012 | 6:00 AM




Mengapa Setiap Muslim Mencium Hajar Aswad
 

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s membangun Kaabah banyak kekurangan yang didapati kala itu. Pada mulanya Kaabah itu tidak beratap dan tidak memiliki pintu masuk. 

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail a.s mengumpulkan dan mengangkut batu dari berbagai gunung. 

Dalam sebuah kisah disebutkan ketika pembangunan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim merasa kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. 

Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai pertanda bagi manusia.” 

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. 

Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba beliau dihampiri oleh malaikat Jibril a.s yang memberikan sebuah batu yang sangat bagus berwarna putih dan sangat bersih seperti tak bernoda. 

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. sangat senang melihat batu yang tampak begitu putih dan bagus,beliau menciumnya beberapa kali. 

Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?” 

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril a.s).” 

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. yang juga menciumi batu yang diperoleh dari malaikat ALLAH yang mulia Jibril a.s. 

Sehingga sekarang Hajar Aswad itu diciumi oleh orang-orang yang pergi keBaitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. 

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. 

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium seraya ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenannya doa. 

Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekuutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. 

Ingatlah perkataan Khalifah Umar bin Al-Khattab ketika beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajar Aswad).”



Masa ni ambo nak masuk cium hajarul aswad..kali pertama nak test masuk..huhu ramai dok berebut..dulu kaum hawa tak d benar berebut dengan kaum adam..kaum hawa ada masanya..biasanya waktu hampir maghrib dan selepas dhuha..aduss tukang jaga buat tak reti je hehe..dia tak marah pun..dulu dua ketuk dengan rotan kalau kaum hawa berebut sama...

Kali kedua baru dapat cium..kata orang kalau niat kita betul-betul nak maka Allah bagi jalan..ada yang tak pernah dapat cium dan yang teruk tak niat nak cium pun hehe...



masa ni berpeluang solat d saf ke dua dekat dengan Kaabah...kena pandai timing dengan waktu orang nak azan..


bersambung...
Share this article :

+ comments + 1 comments

March 5, 2012 at 8:31 AM

mencoba

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger