Label 10

Home » » KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PERINGKAT SABAH MENOLAK POLITIK KOTOR ANWAR !!

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PERINGKAT SABAH MENOLAK POLITIK KOTOR ANWAR !!

Written By AAKJ on Saturday, March 17, 2012 | 6:00 PM


KUALA LUMPUR 14 Mac - Konsep Borneosisasi serta Sabah untuk orang Sabah yang cuba dibawa oleh pembangkang boleh meruntuhkan integrasi nasional terutama antara rakyat negeri itu dengan Semenanjung.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) berkata, dalam konsep tersebut pihak pembangkang mahu kesemua jawatan dalam agensi kerajaan di Sabah kesemuanya dipegang oleh rakyat negeri itu.

Katanya, jika itu yang berlaku, pemupukan perpaduan antara rakyat Sabah dan Semenanjung tidak akan berjaya.

''Untuk makluman, kesemua jawatan teras dalam kerajaan di Sabah ketika ini seperti Pengarah Imigresen, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pengarah Kesihatan dan Pengarah Pelajaran dipegang oleh anak-anak Sabah.

''Namun jawatan-jawatan lain yang bukan teras atau yang lebih rendah diberikan juga kepada pegawai-pegawai dari Semenanjung. Melalui cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Sabah dan Semenanjung," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, punca kemiskinan di Sabah adalah disebabkan keadaan muka bumi dan bukannya akibat tidak diendahkan oleh kerajaan negeri serta Pusat.

Hakikatnya, beliau berkata, hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah berjaya memajukan negeri Sabah dan dalam masa sama kadar kemiskinan diturunkan.

''Pada 2004, kadar kemiskinan dicatatkan di Sabah ialah 23 peratus dan pada 2007, ia turun kepada 16 peratus. Begitu juga dengan miskin tegar, pada 2004 angka dicatatkan ialah 6.5 peratus dan pada 2007, ia menurun kepada 3.7 peratus," katanya lagi. 



tqunspinners


AAKJ ;


 
STORY B4 ;


Hari ini berlangsung Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sabah d UMS yang mana dalam sessi Forum yang bertajuk  "BORNEONISASI ; merungkai sejarah dan masa depan Sabah.." dan juga forum bertajuk ; "Peranan dan Tanggungjawab Media Sosial.."


Dalam forum hari ini peserta konvensyen d dedahkan dengan agenda karut dan jahat oleh anasir yahudi yang berniat untuk meruntuhkan hubungan ukhwaah yang telah lama d bina antara Semenanjung dan Sabah.


"....kita sudah bagi mereka, yakni pembangkang memerintah Sabah dan mereka sedikit pun tidak berani membuat tindakan drastik untuk keluar dari Malaysia !! " kata Tan Sri Panglima Herman Luping..antara panelis yang ada bersama pagi tadi.

 

Konvensyen yang berlansung hari ini juga mecipta sejarah Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia bila penyertaan datang dari seluruh Sabah dan bilangan peserta hampir 2000 orang dan datang dari pelbagai peringkat umur,bangsa dan suku d Sabah.

Deklarasi Konvensyen yang d baca oleh Dato Rafi Awang Kecik d sambut oleh peserta dengan penuh semangat dan semua peserta berdiri bersama bagi menghayati isi deklarasi yang menjurus ke arah d mana pengamal media berikrak mempertahankan Malaysia dari segala bentuk ancaman dan pengukuhan serta mencari TITIK PERSAMAAN antara Sabah dan Semenanjung..

SAMBUNG...


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger