Label 10

Home » » HAH !! 30000000 DEMO DEPAN MASJID NAK BEBASKAN HOSLAN SELIPAR ?!! KES PECAH RUMAH DIA CAMANA KIRA ?!!

HAH !! 30000000 DEMO DEPAN MASJID NAK BEBASKAN HOSLAN SELIPAR ?!! KES PECAH RUMAH DIA CAMANA KIRA ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, March 28, 2012 | 11:30 AM

 

Hari Sabtu lalu, Jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa cuba mencetuskan kekacauan dan mempolitikkan hukuman penjara setahun yang terpaksa dijalani oleh bekas Imam Masjid Kampung Pandan, Hoslan Hussain, telah gagal total. Mereka tidak sahaja gagal mengumpulkan orang ramai, bahkan wakil dari ABIM juga tidak kelihatan.

Sepatutnya yang dikumpulkan oleh Fariz Musa dan Jingga 13nya ialah paling kurang 500 orang kerana yang turut hadir adalah N.Surendran, Naib Presiden PKR yang juga seorang peguam 'berbulu' yang amat bodoh, Lateefa Koya, seorang lagi peguam PKR yang amat lantang bercakap tentang keadilan tetapi dia sendiri menganiaya kanak-kanak dan Ketua Pemuda PAS Kuala Lumpur, Kamaruzzaman Mohammad.

Yang muncul tidak sampai pun 30 orang. Yang melalak memegang sepanduk sambil menjulang-julang selipar dan kasut masing-masing di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta pula hanyalah budak-budak upahan Jingga 13 dan sebahagian daripada mereka adalah pelajar-pelajar universiti yang keciciran yang menganggotai Solidariti Anak Muda Malaysia yang berketuakan Chegu Bard.






KES HOSLAN SELIPAR


Malangnya, Chegu Bard hilang tak nampak muka.

Baca Flying Kick sepenuhnya sini 

TQUNSPINNERS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger