Label 10

Home » » FOTO !! TERESA SAWAN BILA CERAMAH BN D DEPAN RUMAHNYA PENUH SESAK !! BRAVO !!

FOTO !! TERESA SAWAN BILA CERAMAH BN D DEPAN RUMAHNYA PENUH SESAK !! BRAVO !!

Written By AAKJ on Wednesday, March 28, 2012 | 6:00 PM


Semalam di Taman Salak Jaya, Seputeh. Ceramah BONGKAR julung-julung kali telah diadakan. Kali ini Seputeh di kunjungi oleh YB Dato Alwi Che Mat ADUN Kok Lanas merangkap Ketua DUN Pembangkang BN Kelantan.

Puan Nicole Wong juga dijemput sebagai penceramah bagi mewakili BN Seputeh bagi memberi ceramah kepada mejoriti penduduk Cina di sekitar Seputeh.

 Kehadiran lebih 1000 orang masyarakat berbilang kaum di program ini menunjukkan minat yang mendalam kepada BN Seputeh.

Masyarakat Seputeh sudah muak dengan gelagat MP Teresa Kok yang sering kali hilang dan tidak pernah turun kawasan. Beliau sering tidak turun kawasan dengan alasan sibuk di Selangor, tetapi di Selangor pula tidak juga nampak batang hidung beliau dalam membantu masyarakat Selangor.

"Teresa Kok bukan seorang yang pandai, saya tengok Puan Nicole senang-senang boleh kalahkan Teresak, saya kenal Teresakok semasa saya jadi MP dahulu" - Dato Alwi

Teresa Kok sememangnya tidak pernah mahu membalas budi orang-orang Cina yang sudah memberi Undi kepada beliau saban tahun, semenja beliau menjadi MP Seputeh beliau mengamalkan cara "Official Complaint" sahaja akan di layan oleh pejabat MP. Ini lah standard Masyarakat Cina bagi pandangan Teresa Kok.

"Saya bekerja di sebelah sini dan Banny di sebelah sana, Seputeh satu kawasan yang besar dan kami tak mampu buat semua kerana MP Teresa Kok tidak buat kerja" - Nicole Wong

Sudah masanya kita memikirkan kembali apa yang diperjuangkan oleh DAP semasa memerintah, mereka hanya tahu memecah belahkan masyarakat Malaysia dan sering pergguna memperjuangkan nasib kaum Cina kerana mahu meraih Undi.

Kerajaan BN janji untuk mendirikan 16 Sekolah Cina dan sudah buat 14, tinggal 2 sekolah tidak dapat dilaksanakan kerana Isu TANAH dimana Teresa Kok tidak memberi kebenaran.

Masyakat Cina harus sedar bahawa BN sudah menjaga keamanan negara ini, dan kebaikkan dari keamanan ini telah menjadikan masyarakat Cina boleh berniaga dan kaya di bumi Malaysia. Orang Cina tidak boleh hidup tanpa orang Melayu, Melayu juga tidak boleh hidup tanpa orang Cina begitu juga dengan orang India.

Permainan DAP yang hanya memperjuangkan nasib orang Cina dan tidak menerima Negara Islam, dan PAS pula memperjuangkan Negara Islam dan tidak menerima Malaysian Malaysia jelas menunjukkan mereka mempunyai agenda yang amat besar perbezaannya.

Ini ditulis dalam Perlembagaan Parti DAP dan PAS.

Malah UMNO, MIC dan MCA didalam perlembagaan perti mereka tidak menulis mahu mewujudkan perkara-perkara yang berbeza dan bercanggah di antara satu sama lain, dan mempunyai PERMUAFAKATAN dalam Barisan Nasional. Sudah masanya Masyarakat CINA di Seputeh tahu siapakan DAP dan bagaimana mereka mempergunakan kamu.

Sumber: Suara Razlan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger