Karier Robert J Caldwell sebagai seorang editor di akhbar The Oregonian berakhir dengan memalukan. Lelaki berusia 63 tahun tersebut meninggal setelah melakukan hubungan seks dengan wanita simpanannya yang berusia 23 tahun.
Sepanjang hidupnya Caldwell dikenali sebagai editor terkenal yang turut membawa akhbar The Oregonian meraih hadiah Pulitzer. Skandal Caldwell, yang ditemukan meninggal minggu lalu itu telah disiarkan di salah satu halaman The Oregonian.
Caldwell, menurut wanita simpanannya, batuk-batuk dan terbujur kaku setelah mereka melakukan hubungan seks. Kerana takut, wanita itu kemudian menghubungi 911. Petugas perubatan kemudian membawa Caldwell ke rumah sakit namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.
Wanita tersebut mengaku kepada polis bahawa mereka mempunyai hubungan sejak setahun yang lalu setelah mereka bertemu di sebuah kampus. Wanita itu mengakui bahawa dia mahu melakukan hubungan seks dengan Caldwell yang telah memiliki isteri dan tiga orang anak kerana Caldwell memberinya wang untuk membeli buku dan membayar wang sekolah.
Sementara itu mengenai cerita skandal yang diterbitkan oleh The Oregonian, tempat Caldwell bekerja selama hampir lebih dari 20 tahun, janda Caldwell, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail mengatakan “ suaminya pasti mengerti kenapa akhbar tempat dia bekerja menerbitkan cerita skandal memalukan ini.”
AAKJ;
hehe dia editor..saja gempak sahabat2 blogger..huhu ampun
Post a Comment