Label 10

Home » » EKSKLUSIF !! PELAJAR MALAYSIA WAJIB BERSYUKUR !! TENGOK VIDEO PELAJAR D BANGLADESH INI !!

EKSKLUSIF !! PELAJAR MALAYSIA WAJIB BERSYUKUR !! TENGOK VIDEO PELAJAR D BANGLADESH INI !!

Written By AAKJ on Friday, March 30, 2012 | 8:00 PM

Kali nak kongsi tentang School Boat yg ada di daerah Natore, Bangladesh. Natore ni satu kawasan pedalaman yg mana jalan utamanya adalah sungai. Kalau dari ibu negara Dhaka, perlu 36jam perjalanan menaiki boat baru sampai.

Di Natore ni kemudahan infrastruktur sangat terhad termasuklah sekolah. Jadi sebuah bot telah diubah menjadi sebuah kelas utk memberi ilmu kpd anak2 disekitar daerah Natore.

Uniknya school boat ni lengkap dng 1 bilik darjah yg ada kerusi, meja dan papan tulis serta 1 unit komputer. Seorang guru akan ditugaskan mengajar di School Boat termasuklah matapelajaran Bahasa Inggeris.


School Boat ni diwujudkan utk mengelakkan ibubapa tidak menghantar anak2 mereka ke sekolah. Sebabnya sekolah memang jauh dari tempat tinggal mereka.

Selain kanak2 School Boat juga menerima murid dewasa. Shidhulai Swanirvar Sangstha Foundation adalah organisasi yg bertanggungjawab mewujudkan School Boat ini. Bukan sahaja di Natore, malahan kebanyakan daerah di Bangladesh mempunyai perkhidmatan School Boat ni. 

Saya rasa nak berkongsi tentang School Boat ni setelah melihat rancangan Globe Tracker di astro 707 TLC malam tadi. Betapa sukarnya mereka untuk memberi ilmu untuk anak2 bangsa mereka. Bersyukurlah kita di Malaysia ni kerana kawasan pedalaman pun sekarang ni dah ada sekolah.


Jadi anak2 Malaysia yg memang dah senang nak pergi sekolah, janganlah hampakan harapan ibu bapa anda.
Sekian

Video School Boat



PELAJAR MALAYSIA !!




 Kerajaan membelanjakan kira-kira RM300 juta untuk bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada lebih 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selain pemberian baucar buku, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah sebelum ini adalah bukti jelas keprihatinan kerajaan kepada tekanan hidup yang dihadapi masyarakat.
Beliau berkata, proses pemberian yang berjalan lancar juga adalah tanda kerajaan mempunyai kewangan yang kukuh untuk melaksanakan apa yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 dan ia tidak akan bankrap sebagaimana tohmahan pembangkang.
“Kita harap baucar buku ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan dapat membantu terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan sebagaimana BR1M dan juga bantuan RM550 juta kepada pelajar sekolah yang kita serahkan lebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM840,000 kepada pelajar Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Hadir sama, Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan USM (USMKK), Prof. Ahmad Zakaria merangkap Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan universiti itu.
Seramai 4,200 orang pelajar diploma, prasiswazah dan pasca siswazah kampus itu menerima baucar bernilai RM200 setiap seorang bagi membantu mereka membeli buku dan bahan rujukan.
Dalam ucapannya, Mustapa berkata, pemberian baucar itu mungkin umpama ‘lekat celah gigi’ bagi sesetengah orang, namun, ia adalah usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
Beliau berharap, ia akan menjadi motivasi untuk pelajar belajar bersungguh-sungguh dan mencipta kecemerlangan bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa sesuai dengan status USM sebagai sebuah universiti APEX.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kesihatan USM, Nur Shairah Fatin Badaruddin melahirkan penghargaan ke atas bantuan yang diberikan dan berharap kerajaan akan meneruskannya sebagai bantuan tahunan.
“Kami sudah ternanti-nantikan baucar ini sejak ia diumumkan Perdana Menteri pada tahun lalu, sudah semestinya ia dapat mengurangkan beban kami dan jika jumlahnya ditambah lagi pada tahun hadapan adalah amat dialu-alukan,” katanya.
-Utusan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger