Jacob George menunjukkan salinan aduan polis dan keratan media mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang pada sidang akhbar di Batu Feringgi, Pulau Pinang
Rakyat berpendapatan rendah di negeri ini mula merasakan mereka dan generasi akan datang tidak mempunyai masa depan cerah jika kerajaan DAP Pulau Pinang terus memerintah.
Maklum balas tersebut diperoleh daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) terhadap orang ramai di sini sejak tiga hari lalu.
Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George berkata, golongan tersebut melihat pembangkang gagal menyediakan polisi yang boleh melindungi hak selain menjaga kebajikan mereka.
Menurutnya, rakyat berpendapatan rendah khususnya di bahagian pulau bimbang mereka suatu hari nanti akan dihalau berikutan projek kediaman mewah yang semakin bercambah, seolah-olah tiada kawalan daripada kerajaan negeri.
"Saya dukacita sebab sudah ada persepsi bahawa Pulau Pinang adalah untuk orang Cina sahaja.
"Mereka (rakyat) meluahkan perasaan kepada saya dengan mengatakan mereka sudah jauh ketinggalan, seolah-olah Pulau Pinang hanya untuk orang kaya dan terkenal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kaji selidik berkenaan merupakan yang pertama dilakukan oleh CASSA di luar kawasan Subang dan Shah Alam sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada para pengundi untuk membuat pilihan bijak dan tepat pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan keadaan semasa.
Jacob memberitahu, keadaan di negeri itu seolah-olah dikawal oleh pemaju apabila mereka dengan rakusnya membina projek-projek kediaman mewah dan dibiarkan sahaja oleh kerajaan negeri.
"Dalam laporan akhbar, ada pemaju secara terbuka menyatakan rasa bangga kerana berjaya membina begitu banyak rumah mewah sedangkan polisi itu sepatutnya diputuskan oleh kerajaan negeri.
"Kenapa membenarkan spekulator mengawal negeri ini? Kenapa perlukan pelaburan yang tidak menjaga hak rakyat Malaysia? Macam tiada esok lagi buat rakyat Pulau Pinang," tegasnya.
Jelasnya, CASSA menerima banyak aduan daripada orang ramai di negeri itu mengenai perkara tersebut dan ia menunjukkan bahawa mereka semakin terdesak serta tertekan.
"Mereka meminta bantuan kita kerana takut maklumat mereka bocor seterusnya dicaci dan dihina pihak-pihak tertentu," ujarnya.
Beliau berkata, CASSA menyediakan talian 016-3261700 bagi membolehkan orang ramai dari seluruh negara menyalurkan maklumat atau membuat aduan
tq-anginperubahan
Post a Comment