Perangai Ahli Parlimen Kelana Jaya memang kami sebagai pengundi d Kelana jaya dahh tak pelik, sikap panas baran..mengamuk tak tentu hala..tunjuk dia sorang je samseng..ini biasa..biasa sangatt bagi orang Kelana jaya..
Kejadian dia hampir d tampar oleh seorang pemuda yang hanya ingin d kenali sebagai 'rambo' ni adalah ekoran dari kejadian bakar kenderaan tempohari :-
Bingai punya perangai..masuk je kampung orang terus serang POLIS !! dia menyalak kata polis salah sebab tak jaga kenderaan penduduk !!
Mat Rambo adalah penduduk tempatan yang hanya ingin tahu apa cara MP nak selesaikan masalah ini..bukan nak jadi CSI siapa yang bakar kenderaann ini..boddo kata azhar idrus !!
Ahli Parlimen ini memang amat jarang masuk selepas dia menang selesa masa PRU 12..masa tu dia pun terkejut yang dia menang dan terus nak letak jawatan sebab dia tak fasih Melayu dan keluarga sudah kaya raya !! semua kereta plat "1" ??
Dia pun pernah berantakan dengan AAKJ tapi settle bila kita gempak dia balik..perangai jenis mulut luas ni kata ore klate ..bila kita sergah balik dia tahu kita tak takut kat dia maka dia slow downlaa hehe..
Haha cerita tu aku letak kemudianlah..cuma nak jelaskan d sini Ahli Parlimen Pkr ni jenis tak kenal siapa penduduk dan suka tunjuk samseng bila stress..
Perati elok-elok dia boleh tuduh Mat Rambo pulak yang bakar, dengan suara meninggi..sebetulnya kalau masa tu tak ditenteramkan maka akan jadi pergaduhan besar antara team mangkok tu dengan penduduk Desa Mentari.
Dulu pun dia pernah d TAMPAR d kawasan yang sama :-
UTUSAN !!
MB Selangor jelas insiden ahli Parlimen PKR ditampar
SHAH ALAM 19 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan insiden Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditampar pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga dari parti sama sebagai masalah biasa yang sering dihadapi oleh anak-anak muda.
Katanya, pertelingkahan yang berlaku itu dianggap sebagai masalah dalaman parti dan telah pun selesai apabila kedua-dua individu terbabit bermaaf-maafan.
"Ia merupakan isu dalaman yang dihadapi oleh anak-anak muda dari PKR di mana masing-masing cuba memperjuangkan hak rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2008 di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kejadian Gwo Burne ditampar oleh pembantu kepada Nik Nazmi dalam satu kejadian di Petaling Jaya, semalam.
Insiden dikatakan berlaku apabila Gwo Burne mempertikaikan kelulusan projek pembinaan surau di Fasa 2 Desa Mentari, Kelana Jaya.
Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila sekumpulan penduduk membantah majlis perasmian tapak surau Al-Istiqamah di situ yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Gwo Burne yang tiba untuk meredakan keadaan, mempersoalkan pembinaan surau berkenaan tanpa kelulusan MBPJ dan ia mengundang kemarahan kumpulan penduduk lain yang mempertahankan projek itu sehingga berlaku perang mulut.
Dalam keadaan tidak terkawal itu, pambantu ADUN berkenaan yang tidak berpuas hati dikatakan menampar muka Gwo Burne menyebabkan polis terpaksa campur tangan meredakan kekecohan.
Berikutan insiden tersebut, dia telah dibawa ke Balai Polis Sungei Way .
Menurut Abdul Khalid, tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Gwo Burne dan pembantu ADUN itu.
Jelasnya, beliau telah mengarahkan Pengerusi PKR Bahagian Kelana Jaya, Syed Shahir Syed Mohamud supaya berjumpa penduduk terbabit bagi menerangkan keadaan sebenar.
Pemimpin BN dari pelbagai komponen yang ada di situ datang dengan cara hemah dan cukup professional..datang bincang bagaimana nak selesaikan masalah dan apa bantuan yang mampu BN bagi untuk ringankan sementara beban mangsa kes tersebut.
Datuk Hj Ab. Halim Samat, Penyelaras BN Dun Seri Setia dan Dr Viknes, salah seorang ketua masyarakat sedang menemubual mangsa..
Datuk Hj Yahaya Bujang, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya pun datang..semua datang dengan aman sebab penduduk d Desa Mentari amat kenal pemimpinn BN kerana selalu turun padang sejak dari dulu..walaupun kalah dalam PRU 12 tapi BN tak pernah nak pinggirkan mana-mana tempat dan mana-mana kaum !!
Ada penduduk bagitahu mungkin inilah puncanya ! :-
video !
Tercatit sejarah d malam raya cina dan pesta ponggal 2012. Dr Vikneswaran yang dulunya orang kuat PKR telah membuat keputusan untuk bersama bantu BN di Seri Setia Kelana Jaya untuk memenangi PRU 13 !!
22/1/2012
Tempat : Padang Permainan Blok 4/5 Desa Mentari Dun Seri Setia Kelana Jaya
Masa : 8 malam
Beliau menyatakan dulu beliau bawa Anwar Ibrahim datang ke sini, kali ini beliau bawa Penyelaras Dun Seri Setia, Datuk Hj Abdul Halim Samat yang mewakili BN untuk bersama dengan masyarakat India d situ.
Lebih kurang 1000 masyarakat india yang hadir bersama dan mereka mula menyediakan masakan "ponggal" sejak awal pagi. Disamping itu beliau melancarkan NGO yang d beri nama PRIHATIN..
part 2 akan menyusul..gedebe wehh MP ambo huhu
+ comments + 2 comments
Tak payah layan budak camera man ni.. memang tak ada kualiti la kalau dah calon bidan terjun...
kirim salam sama dato Halim... selamat berjuang
Bro, kalau sudi harap boleh linkkan blog wubra.blogspot.com kat blog tuan.
Tq
dah bro..tq
Post a Comment