Label 10

Home » » TERENGGANU DESTINASI KITA !! RAKYAT MISKIN TEGAR TERPELIHARA !!

TERENGGANU DESTINASI KITA !! RAKYAT MISKIN TEGAR TERPELIHARA !!

Written By AAKJ on Wednesday, February 1, 2012 | 9:54 PM

Pertama seumpamanya di Malaysia, bas air bandar yang mempunyai ciri ukiran kayu tradisional negeri selain bentuk dalaman yang selesa dan unik telah mendapat perhatian ramai terutama para pelancong sejak dilancarkan pada tahun 2007.
Tuan Hj Ahmad Razif Abdul Rahman – Adun Seberang Takir, Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd. Said berkata, selain memaparkan kreativiti dan kesungguhan Terengganu memajukan sektor pelancongan, dua buah bot berkenaan menjadi daya penarik mempromosi ekopelancongan di negeri ini.



Menurutnya, produk pelancongan seperti 'nipah cruise', perusahaan ikan kering, bilis dan makanan laut serta kegiatan membuat bot tradisional di sekitar Seberang Takir mampu dikomersilkan untuk menambahkan pendapatan golongan nelayan.



Bot yang bernilai RM250,000 setiap satu itu mempunyai 22 tempat duduk dan bakal menjadi pilihan utama untuk ke lokasi pelancongan Terengganu seperti Taman Tamadun Islam, Terusan Pulau Warisan, Pulau Duyong, Kompleks Tuanku Nur Zahirah dan Pasar Payang.


Koperasi Warisan Seberang Takir Terengganu Berhad di Seberang Takir merupakan pengendali bot menyusur sungai ini dan terdiri dari mereka yang miskin tegar yang mana Kerajaan Negeri Terengganu mengambil inisiatif serius untuk tambah dan majukan ekonomi mereka secara berkelompok.

Usaha murni ini mula menampakkan hasil kerana mereka sudah boleh berdikari dengan hasil pendapatan yang mampu untuk memperbaiki tarakf hidup mereka dan tidak lagi bergantung kepada satu punca pencarian semata-mata.






antara tenaga penggerak yang banyak memberi idea bangunkan kawasan pesisir sungai..Dato Wan Hisyam


taklimat khas oleh Tuan Hj Ahmad Razif Abdul Rahman – Adun Seberang Takir, Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia


bersambung....


Share this article :

+ comments + 2 comments

February 2, 2012 at 8:22 AM

time kasih kerana lawatan dan info yang berguna utk kesedaran rakyt teganu.. hopegully can come again n share ur knowledge with us..

February 2, 2012 at 11:57 AM

BEREHH BOSS

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger