Label 10

Home » » SELANGOR HANCORR !! RAKYAT MOGOK LAPAR KERANA JANJI HAPRAK PAKATAN HARAM ?!!

SELANGOR HANCORR !! RAKYAT MOGOK LAPAR KERANA JANJI HAPRAK PAKATAN HARAM ?!!

Written By AAKJ on Saturday, February 4, 2012 | 7:00 AM

Projek perumahan itu diambilalih ECL Management Sdn Bhd yang akan menyiapkan pangsapuri kos rendah itu dengan jumlah 480 unit dalam tempoh setahun. Penduduk Kampung Bunga Raya diberi hak pemilikan dengan harga jualan RM42,000 manakala pemilik lain dengan harga RM68,000.


Kita jangan terlepas pandang dengan kenyataan wakil penduduk Kg Bunga Raya kepada Bernama berkenaan pemaju. Kenyataan mereka mengatakan bahawa "pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran ”polisterin” untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah."

Inilah strategi politik kerajaan Selangor sekarang. Andai ada pemberontakan dikalangan rakyat atas kegagalan mereka menunaikan janji pilihanraya, mereka akan menjanjikan bulan dan bintang buat kali kedua dan menyalahkan Barisan Nasional dalam masalah tersebut.

Aku cuma terfikir, kenapa bukan Exco Perumahan yang membuat pengumuman tersebut? Adakah Exco tidak mahu campur tangan dengan janji Sivarasah kerana sudah awal-awal lagi sudah sedia maklum akan kesukaran untuk menyiapkan projek ini?

Cuba kita fikir, apa yang akan terjadi andai Exco Perumahan yang mewakili kerajaan negeri yang mengumumkan projek tersebut tetapi bila sampai masanya janji akan tinggal janji. Sekiranya Ahli Parlimen yang mengumumkannya mereka boleh memesong fakta dengan mendakwa itu bukan janji kerajaan negeri kerana wakil kerajaan negeri dalam isu perumahan adalah YB Iskandar dan bukanlah YB Sivarasah.

Bijak!! Bijak!!

TQKGC
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger