Label 10

Home » » PENGUNDI MUDA TIDAK DAFTAR MENGUNDI HANYA SEKADAR BERMINAT PADA DEMO JALANAN DIBAYAR RM50 OLEH PAKATAN?

PENGUNDI MUDA TIDAK DAFTAR MENGUNDI HANYA SEKADAR BERMINAT PADA DEMO JALANAN DIBAYAR RM50 OLEH PAKATAN?

Written By AAKJ on Friday, February 17, 2012 | 7:00 PM

Keselesaan menjalani kehidupan tanpa sebarang ancaman keselamatan menjadi punca 3.7 juta rakyat Malaysia tidak mendaftar sebagai pengundi.
Pensyarah Politik dan Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kira-kira 60 peratus daripada jumlah tersebut merupakan golongan muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.
"Faktor utama kegagalan 3.7 juta rakyat mendaftar sebagai pengundi dipengaruhi oleh usia mereka yang masih muda dan kebanyakan mereka masih sibuk belajar dan mencari pekerjaan.
"Anak pasca-kemerdekaan tidak nampak perjuangan politik dalam negara dan ada sesetengah daripada mereka menganggap politik itu hanya merupakan hal ibu bapa," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Ahmad Atory, mereka yang membesar pada zaman perjuangan kemerdekaan berlumba-lumba mengundi untuk memilih parti terbaik bagi memerdekakan negara, tidak seperti sikap negatif generasi sekarang.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang menganggarkan seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan ke atas dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan keengganan mereka mendaftar sebagai pemilih.
tq-kosmo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger