Label 10

Home » » PELAJAR TINGKATAN 5 D ROGOL & ROMPAK 4 LELAKI !! MAK AYAH..KENAPA BIARKAN ANAK GADIS KELUAR MALAM ?? SALAH KERAJAAN ??

PELAJAR TINGKATAN 5 D ROGOL & ROMPAK 4 LELAKI !! MAK AYAH..KENAPA BIARKAN ANAK GADIS KELUAR MALAM ?? SALAH KERAJAAN ??

Written By AAKJ on Sunday, February 26, 2012 | 12:28 AM

Malang berganda menimpa seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang bukan saja dirompak, malah turut dibawa lari ke sebuah hotel sebelum dirogol secara bergilir oleh empat lelaki di sebuah hotel Jalan Pudu, Rabu lalu.



Ketika kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa yang berasal dari Kundang turut bersendirian di bilik hotel berkenaan sebaik lelaki terbabit selesai merogolnya, sebelum kejadian ngeri itu dimaklumkan pihak hotel.

Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa yang berada di sebuah kedai di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu, didatangi tiga lelaki tidak dikenali sebelum mereka mengambil semua barang berharga miliknya termasuk wang tunai RM100 dan telefon bimbit.

Malah, ketiga-tiga suspek terbabit memaklumkan kepada mangsa semua barangan miliknya itu akan dikembalikan semula keesokan di lokasi yang sama tepat jam 12 tengah malam.

Sumber berkata, mangsa yang percaya dengan janji ketiga-tiga lelaki terbabit datang semula ke lokasi itu seperti yang dijanjikan sebelum melihat empat lelaki termasuk tiga individu sama yang ditemuinya sebelum ini, datang menaiki sebuah kereta Proton Wira.

Katanya, suspek kemudian menarik dan memaksa mangsa memasuki kenderaan itu dan membawanya ke sebuah hotel di Jalan Pudu sebelum keempat-empat lelaki terbabit merogolnya.

“Mangsa yang berada dalam kesakitan merayu supaya tidak diperlakukan demikian, namun tidak dihiraukan suspek.

“Suspek meninggalkan mangsa bersendirian di hotel berkenaan tanpa memulangkan wang tunai dan telefon bimbit seperti yang dijanjikan sebelum mangsa memaklumkan kejadian itu kepada pihak hotel,” katanya.

Mangsa turut menghubungi ahli keluarganya supaya datang ke lokasi berkenaan dan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gombak keesokannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan pihaknya berikutan lokasi kejadian berlaku di kawasan Dang Wangi.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan usaha memburu suspek sedang dilakukan.



TQONENEWSHUB
Share this article :

+ comments + 1 comments

February 26, 2012 at 2:45 AM

Nasib baiklah homo cun ni kategori jantan baik la sebab hanya suka bontot jantan cun lain.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger