Label 10

Home » » PEGUAM ANWAR DISAMAN RM10 JUTA

PEGUAM ANWAR DISAMAN RM10 JUTA

Written By AAKJ on Wednesday, February 15, 2012 | 11:22 PM

kamarainiah_medium

Kamar Ainiah Kamaruzaman, peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf, dan firma guamanya,berdepan tuntutan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul 
Rijal Abu Bakar berhubung kenyataan peguam itu di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.
Zainul Rijal yang diwakili Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ saman itu dua hari lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Kamar Ainiah sebagai defendan pertama dan firma guamannya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & 
Zashidi sebagai defendan kedua.
Bernama melaporkan pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam ditetapkan pada 14 Mac ini, demikian menurut Zainul Rijal dalam satu kenyataan, Rabu.
Zainul Rijal mendakwa Kamar Ainiah telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lepas untuk memburukkan imejnya sebagai peguam dan ahli perniagaan.
Antara yang dituntut oleh beliau ialah satu perintah supaya penyiaran kata-kata fitnah itu dihentikan serta merta dan penerbitan permohonan maaf di dalam portal Malaysiakini dan Harakahdaily secara berterusan selama seminggu.
Beliau juga menuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan
Share this article :

+ comments + 1 comments

February 16, 2012 at 1:29 AM

nampak nya sesapa aja terbabit dgn anuwar kena bala...pepatah melayu ada berkata .."sebab mulut badan binasa"

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger