Alhamdulillah setelah Q panjang sesudah solat subuh dapat juga jumpa atau ziarah Nabi saw dan 2 Sahabat beliau..Abu Bakar ra dan Umar ra..oleh kerana guna galaxy tab maka gambar tak menjadi bila tergesa-gesa..lepas tu terpaksa buat U-turn utk ambik gambar makam Nabi saw dari arah kiblat..
Dalam itu terdapat juga makam Sahabat karib beliau dan rumah Nabi saw bersama Aisyah r.a
Masa melintas dan berhenti seketika d depan makam Baginda saw..ambo sampaikan salam sahabat2 ambo dari Malaysia.." ya Nabi saw..ramainya sahabat ambo kirim salam..."....masa ni tiba-tiba gugur airmata..airmata gembira kerana d beri peluang lagi sekali jumpa Kekasih Allah & airmata sedih kerana mengenangkan adakah ambo akan dapatt bersama Nabi saw bila d Masyar nanti...
Masa yang d berikan untuk sampaikan salam pada Nabi saw amat terhad..tu sebab ambo sampaikan salam "semua sahabat ambo"..nak sebut nama khas tiap orang memang tak sempat..pak guard yang dok jaga marah kalau kita berenti lama..bukan depa kurang ajar tapi itu kerja mereka..bayangkan puluh ribu sehari manusia datang jumpa Nabi saw..
Gambar Masjid Nabawi di awal kurun ke 20, masih dalam peringkat pembinaan dan pembesaran.
Dari arah "suffah " tempat d mana Abu Hurairah r.a & ahli suffah yang lain menghabiskan masa dengan baca Quran..berzikir dan solat sunat..d belakang makam Baginda saw
Tempat ini berada di belakang kediaman Siti Fathimah. Suffah berarti tempat berteduh. Sahabat Nabi yang miskin dan tidak memiliki rumah, bertimpat tinggal di Suffah. Di sini mereka mendapat pendidikan tentang Islam dan mengamalkannya.
Jika kita berjalan dari tiang Aisyah berlawanan dengan arah qiblat, Suffah berada setelah tiang ke-5. Namun setelah Nabi memperluas Masjid pada tahun ke-7 Hijriah, Suffah dipindah sekitar sepuluh meter kearah Timur
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ عَنْ يَحْيَىعَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِعَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌمِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي
Telah menceritakan kepada kami Musaddad dari Yahya dari 'Ubaidullah bin 'Umar berkata, telah menceritakan kepada saya Khubaib bin 'Abdurrahman dari Hafsh bin 'Ashim dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga) ".
(Hadis Riwayat Bukhari, hadis yang sama dari jalan Amru bin Ali dari Abu Hurairah dan hadis yang sama juga dari Abdullah bin Zaid Al-Zaaziniy. Hadis riwayat Muslim dari jalan Abdullah bin Zaid Al-Ansari dan juga dari Abu Hurairah)
حَدَّثَنِيعَمْرٌو النَّاقِدُ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ قَالَ عَمْرٌوحَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُبِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّاإِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِي هَذَا وَمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الْأَقْصَىو حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْمَعْمَرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ تُشَدُّ الرِّحَالُإِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ
Telah menceritakan kepadaku Amru An Naqid dan Zuhair bin Harb semuanya dari Ibnu Uyainah - Amru berkata- Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari Sa'id dari Abu Hurairah hingga sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:
"Janganlah kalian bersusah payah melakukan perjalanan jauh, kecuali ke tiga Masjid. Iaitu; Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah) dan Masjid Al Aqsha." Dan Telah menceritakannya kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdul A'la dari Ma'mar dari Az Zuhri dengan isnad ini, hanya saja ia menyebutkan; "Diperbolehkan untuk bersusah payah mengadakan perjalanan jauh ke tiga Masjid."
Samada d Madinah atau d Mekah..masa solat 5 waktu amat penting..takkan kita nak mis solat yang amat besar ganjarannya d sisi Allah swt dan nak lepaskan peluang berada d Masjid Nabi saw..nak lepaskan peluang jumpa Nabi saw..kita nak datang sini bukan untuk shopping atau sekadar menghabiskan duit tambang dan pakej yang makin naik setiap tahun hehe..
Ada dengar jemaah sampai d kedua tanah haram ini tapi tak d "jemput" Allah swt untuk menjadi tetamuNya dalam rumahNya..
D kedua Rumah Allah ini masa solat agak d jaga dengan tertib agar jemaah yang ada d sekitar masjid dapat solat berjemaah dengan aman..
Masa antara azan dan iqamat d jarakkan dalam sekitar 20 minit..selepas azan..kita ada masa lagi 20 minit untuk dengar iqamat yang menandakan solat nak bermula.
Amat d galakkan kita datang awal..dapat baca quran..zikir dan solat sunat sebelum azan kedengaran..
tempat letak selipar atau kasut d masjid Nabawi yang sudah antik..
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ عَنْ يَحْيَىعَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِعَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌمِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي
Telah menceritakan kepada kami Musaddad dari Yahya dari 'Ubaidullah bin 'Umar berkata, telah menceritakan kepada saya Khubaib bin 'Abdurrahman dari Hafsh bin 'Ashim dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga) "
(Hadis Riwayat Bukhari, hadis yang sama dari jalan Amru bin Ali dari Abu Hurairah dan hadis yang sama juga dari Abdullah bin Zaid Al-Zaaziniy. Hadis riwayat Muslim dari jalan Abdullah bin Zaid Al-Ansari dan juga dari Abu Hurairah)
Dari seluruh dunia islam mereka datang dengan niat nak jumpa nabi saw..biasanya selepas solat subuh dan solat2 yang lain inilah pemandangan yang biasa kita lihat..tak jemo-jemu lepaskan peluang jumpa dan beri salam pada Nabi saw...
Gambar dari arah dalam raudhah..nak keluar tak leh..traffic jam hehe so apalagi snap la satu gambor dari arah dalam..ni lepas solat subuh..
ini sempadan masjid Nabawi yang asal
Terdapat banyak kubah dan kubah hijau itulah terletaknya makam nabi.
inilah hotel ambo menginap selama 4 hari d Madinah..lebih kurang 400 meter je dari masjid nabawi
Bila bercerita tentang Nabi saw..kita tak lupa juga insan yang istimewa yang ada d sisi Nabi saw yang sama-sama berjuang demi Islam tertegak d bumi Allah ini..sengaja ambo paparkan agar sama-sama kita tambah pengetahuan tentang insan-insan yang amat hampir dengan Baginda saw :-
Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.
Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.
Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.
Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.
Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.
Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.
Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.
Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.
Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.
ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)
ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)
Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman.
bersambung....wallahualam
Post a Comment