Label 10

Home » » MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..MASJID NABAWI YANG HIDUP AMALNYA ! siri 3

MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..MASJID NABAWI YANG HIDUP AMALNYA ! siri 3

Written By AAKJ on Thursday, February 23, 2012 | 6:00 AM



Banyak kena sabar bila kita berada dalam taman syurga atau Raudhah dalam Masjid Nabi saw..kena buang ego kita..kena belajar tahan lapar sebab kita pergi awal ke masjid semata-mata nak sujud..zikir dan doa d masjid yang mana Allah janjikan sebegitu besar ganjarannya selepas Baitullah..

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
 
(Imam Ahmad)

Sabar dalam ertikata tempat atau ruangan raudhah yang sedang-sedang je saiznya dan jutaan manusia nak berebut untuk duduk beribadat dalamnya dengan merasai sendiri..atau menjiwai apa yang Nabi saw janji tentang doa yang mustajab ketika berada di dalamnya...

Ada yang baik hati beri kita laluan untuk solat 2 rakaat sahaja..lepas solat kita  perlu terus cari tempat d luar kawasan taman syurga ini..mereka yang kesiankan kita akan beri kita peluang hanya sekadar 2 rakaat solat sunat..

Jadi kalau kita berpeluang duduk d raudhah maka berilah orang yang dok berdiri meninjau kiranya ada ruang untuk masuk itu peluang supaya mereka dapat sujud pada Allah swt walaupun hanya 2 rakaat..mudahan lepas tu dia akan pergi dengan rasa amat berterima kasih pada kita..Allah Maha Melihat..



dinding yang berwarna hijau itu tempat jasad yang mulia berbaring...d situ juga rumah Baginda saw & Siti Aisyah ra

Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari



Ni kawasan belakang..atau dengan kata lain dari pintu masuk utama..di tiangnya ada keluar aircond..hehe masjid putrajaya ada meniru masjid Nabawi stail aircond ni..

Di laluan utama menuju ke Taman Syurga ni pihak penjaga Masjid Nabi saw menyediakan tong-tong air zam-zam..selalunya dah menjadi satu macam wajib singgah untuk minum segelas air yang Allah hadiahkan hasil dari pengorbanan ini hingga kiamat..ada yang suam dan ada yang sejuk hehe bukan letak ais..nanti ambo cerita dalam siri berikutnya tang air zam zam sejuk ni..



Antara saat paling manis..sayu..hiba..hati bergetar..rasa syukur yang amat sangat bila dapat tempat yang amat selesa dalam raudhah..dalam Taman Syurga yang berhampiran dengan jasad Baginda saw dan Sahabat Baginda saw..terasa amat dekat dengan Penghulu segala Nabi..terasa amat rapat dengan manusia pilihan Allah swt yang pengorbanannya melebihi Nabi-nabi yang terdahulu...ya Allah..terima kasih...

Di sini jugalah rumah Nabi saw dan Aisyah r.a..


tempat azan dan iqamat...


petugas sedang menyediakan laluan khas untuk kaum ibu datang ziarah Nabi saw..biasanya bermula jam 10 am dan berakhir 2 jam selepas itu..


tiang yang menandakan itulah saiz asal Masjid Nabawi..yang ada tulisan "muhammad"..dari rumah Nabi saw hingga ke tiang inilah saiz asal Masjid Nabi saw


pandangan dari arah dalam raudhah..tempat bersemadi jasad Nabi saw..Abu Bakar ra dan Umar ra..

cepat2 ambo ambik gambar takut kena rampas HP oleh petugas hehe..kadang-kadang kalau ada rezeki kita boleh nampak makam Nabi saw dan Sahabat beliau..yang tukang jaga ni tak flexible..ada yang ok..depa benarkan kita ambik gambar..ada yang garang..depa rampas..huhu

Hari pertama alhamdulillah ambo boleh tengok..lepas tu hari2 yang berikutnya dah d tarik langsir dari dalam..dah tak nampak..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger