Label 10

Home » » MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN siri 1

MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN siri 1

Written By AAKJ on Tuesday, February 21, 2012 | 6:00 AM





Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana diberi peluang lagi sekali menjadi tetamuNya..malah amat bersyukur juga kerana kali ini Allah swt jemput menjadi tetamuNya bukan pergi keseorangan seperti sebelum ini tapi pergi bersama seseorang yang amat besar jasanya pada kita...pergi untuk berkhidmat d saat umurnya sudah agak "emas"...pergi mengiringi ibunda..atas permintaan ibunda..

Ambo tulis perkongsian ini semata-mata ingin berkongsi sejujurnya pengalaman yang amat berharga..mudah-mudahan yang baik dijadikan tauladan dan yang tak sesuai minta d hindarkan..ambo cuba sebaik mungkin..




Langkah memilih syarikat yang menguruskan perjalanan kita sebagai tetamu Ilahi antara persediaan awal, ada yang rujuk pada kawan-kawan yang pergi terdahulu, ada yang pakai pilih ikut tawaran pakej yang disediakan..cuma bagi ambo..ini bukan kali pertama pergi jadi ambo pilih pakej dari travel agen yang ambo pernah pergi dulu..yang lain kita serahkan pada Allah..lagipun kita pergi nak menjadi tetamu Allah..bukan nak jadi tetamu hotel hehe...


Semua nak kena perati betul-betul ketika memilih pakej..biasanya harga pakej bergantung kepada jarak hotel kita tinggal semasa d sana Mekah dan Madinah..penerbangan apa yang ada dalam pakej tersebut..berapa hari nak pergi dan kalau kita guna visa umrah sahaja maka ianya berbeza dengan visa ziarah.

ketika d bahrain..2009

Visa ziarah biasanya akan bawa kita singgah d negara lain dahulu baru kita akan ke Mekah dan Madinah..2 tahun dulu ketika menjadi tetamu Ilahi, ambo ambik visa ziarah dan berpeluang singgah d Bahrain untuk 1 hari semalam..lepas tu baru masuk ke Tanah Suci.


saat nak tinggalkan family..pilu jugak weyy



selamat tinggal family..selamat tinggal Malaysia..sampai ketemu lagi..
hehe..sebak juga...


Penerbangan terus ke Madinah..dulu hanya dari penang je ada flight terus ke Madinah..dulu kita landing d Jeddah Airport..terus naik bas ke Madinah untuk tinggal d sana beberapa hari baru kita ke Mekah semula dengan bas..naik bas Mekah-Madinah memakan masa 6 jam..naik flight dari KL - Jeddah ambil masa 8 jam..hehe naik klas ekonomi ni bergantung pada rezeki..kalau flight penuh maka berhimpitlah 8 jam..kalau penumpang kurang maka kita boleh "take over" satu baris seat..boleh tidur lena hehe


dulu dalam flight saudi kita boleh smoke..huhu skarang dah tak bolehhh...


dok perbetul urat..penat wehh hehe.."can i have coke please"..hehe speeking dgn pramugari minta air coca-cola..ckp broken pun oklah..janji dia paham ambo tengok haus huhu dia jawab coke tarak..pepsi je..oklah..pepsi pun takpe..pepsi tulis jawi huhu

luar airport Madinah..

Alhamdulillah..setelah 8 jam penerbangan dan 3 jam bersabar tahap gaban d airport Madinah..akhirnya ambo sampai juga...memang kita kena sabar dengan pak arab ni..depa ni nampak je garang tapi baik hati..cuma kena paham bahawa mereka urus tetamu Allah terlalu ramai yang datang dari seluruh dunia, jadi kita jangan mudah melenting bila nampak mereka agak "slow" ketika menerima ketibaan kita..sabar...

naik bas yang disediakan pihak travel agen menuju hotel..

solat subuh d raudhah..tu snap gambar tempat mihrab Nabi saw jadi imam..

bersambung..esok..


** Bila anda baca entri ini sesungguhnya ambo dah kembali ke tanah air...ambo tak sempat nak berblog dari sana..nak buat live agak susah sebab signal internet slow sikit dan ambo tumpukan pada amal lebih sikit hehe

Share this article :

+ comments + 1 comments

October 23, 2018 at 6:21 PM

Nice Blog post...
Book online bus ticket from Redbus

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger