Biasanya masuk hari ke 3 setelah reda sakit2 urat jemaah yang datang maka kita akan d bawa ziarah luar kota Madinah..melawat bukit uhud..masjid Quba dan lain lain..termasuk melawat kilang cetak Quran milik King Saudi...
Dari arah dalam masjid Quba..masjid yang pertama Nabi saw dirikan semasa dalam perjalanan ke Madinah dan mempunyai kelebihan barang siapa solat sunat 2 rakaat Allah beri ganjaran pahala UMRAH...
Masjid ini Sahabat r.a bagitahu ianya d bina atas dasar taqwa...
Nabi Muhammad Dan Masjid Quba
Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
- Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)
- Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Masjid Quba Dibina Atas Taqwa
Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid-al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid-al-Aqsa(Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah)
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa.
- Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) [9:108]
- Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim [9:109]
- Nabi telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya?
- Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci.
- (tqwikipedia)..bukan ambo malas tulis tapi biarlah ianya tepat dari sumber dan ambo tak melalut huhu
gambar d belakang masjid Quba..ada dua bahagian kubur yang d asingkan...
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di sampingbersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.
Lepas tu kita akan d bawa shopping / "melontar" d kebun kurma..macam-macam jenis kurma d sediakan dan ada yang kurma d jadikan cokelat dan sebagainya..air teh kurma pun ada..kat sini yang bestnya boleh try semua kurma yang ada dan its FREE hehe..HALAL ! HALAL ! kata pekerja kat sini..
Dulu masa datang kat sini juga..pekerjanya masa tu orang arab area situ..kini semua budak indon..aku pun pelik juga..dari pelayan cafe hotel..hingga ke sini semuanya dah d kuasai indon ...rajin betul depa cari duit...
gambar bangunan ni aku ambik sebab nak tunjuk mat arab pun ada fitness center hehe
ini antara stesen minyak..macam-macam design kat sini..minyak murah dari air katanya hehe 60 perak atauu 50 sen per litre kita kot..
inilah bukit yang menempatkan pemanah semasa perang UHUD...
dah ada dinding yang menceritakan kisah perang UHUD..baru je siap masa ambo sampai..pelukis dia pun ada dok melukis..esok ambo tunjuk
Nah..inilah masanya ambo jumpa abg wan..hehe azwan ali masa minum teh kurma d ladang kurma..saje buat suspen tak letak gambar ni d awal entri..dia sebenarnya bersama jemaah kami..cuma bas lain-lain..
ambo memang dok intai peluang nak bersembang tiap kali kami berenti d satu-satu tempat..banyak cerita ambo tanya berkisar kisah d Malaysia..kisah dia dgn kekandanya..kisah dia dgn anwar..tang yang dengan azmin je ambo tak tanya..
insyaallah ambo akan ceritakan dan ambo akan buat entri khas bagaimana ambo bertemu beliau jam 2 am..ehh ni bertemu d area KAABAH..bukan d swiss garden huhu..kebetulan pulak ye..masa menulis kisah ni..kisah gempak huru hara d swiss garden kuatan berlaku..apa kabar badrul..minta tolong imam nuardi la huhu opsss melalut dahhh..hehe
aakj; bukan takut nak tunjuk muka..saja kasi saspen hehe
Post a Comment