Label 10

Home » » MENJADI TETAMU ALLAH !! 1 PERKONGSIAN..." IBADAT DALAM TAMAN SYURGA "...siri 2

MENJADI TETAMU ALLAH !! 1 PERKONGSIAN..." IBADAT DALAM TAMAN SYURGA "...siri 2

Written By AAKJ on Wednesday, February 22, 2012 | 6:03 AM



Masjid Nabawi dari arah hotel tempat menginap..


Alhamdulillah..destinasi pertama kami adalah Madinah..berbalik kepada pakej yang kita minta atau diaturkan oleh travel agen..ada yang ke Mekah dulu baru ke Madinah sekarang ni...

Dulu kita dimestikan datang ke Madinah dulu baru ke Mekah walaupun flight kita landing d Jeddah..naik bas dari Jeddah terus ke Madinah dan patah balik ke Jeddah setelah beberapa hari d Madinah..sekarang ni tengok d mana kita landing maka kita habiskan masa beribadat d situ dulu baru bergerak ke Tanah Suci berikutnya..

Tanah Suci ada dua..Mekah dan Madinah...

Kebetulan musim sejuk dah suam suam kuku hehe..so taklah menggigil sangat untuk ke Masjid Nabi saw pada solat yang pertama bagi group kami..solat subuh..walaupun badan masih tak berapa fit lagi dengan sengal-sengal sendi kerana penerbangan yang jauh, tapi "aura" atau roh amalan Masjid Penghulu segala Nabi seolah-olah hilang segala kepayahan masa travel..dan menarik kita untuk datang untuk "bertemu" Nabi saw..Nabi yang mana Allah sebut sebagai Nabi yang berkorban segalanya kerana nak pastikan ummatnya selamat dari azab Allah swt...



Niat ambo sejak turun dari rumah memang akan cuba sedaya upaya nak habiskan masa dalam "kebun" atau "taman" syurga yang mana hanya ada 2 taman syurga Allah zahirkan d dunia ini..salah satu darinya adalah "raudhah" dalam Masjid Nabi saw..bersebelahan dengan rumah, kubur dan mimbar Nabi saw..

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.
Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)



 sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Di antara bilikku dengan mimbarku terletak sebuah taman di antara taman-taman syurga.” (Anas bin Malik)

Makam Nabi saw dan Sahabat2 Baginda dari arah sisi..

Alhamdulillah syukur..dalam keadaan masih berpinar biji mata..datang seawal yang mungkin ke Masjid Nabawi maka Allah sempurnakan hajat..dapat juga aku solat sunat..zikir dan baca Quran dalam Raudhah..syukur sangat-sangat..

Dulu pernah aku dah dapat masuk..kerana "baik hati" sangat dok bagi orang duduk sebelah kita..lama2 kita terkeluar dari taman syurga tu huhu..

Memang kita akan dapat lihat sahabat Islam dari negara lain juga berebut-berebut nak masuk solat dan wirid di Raudhah..sanggup datang seawal jam 1 am..Masjid Nabawi d tutup sekitar jam 11 malam untuk kerja-kerja pembersihan dan d buka semula jam 1 atau 130 am pada bulan selain bulan Ramadhan..bulan puasa Masjid Nabawi d buka 24 jam..



Kita akan dapat rasakan bahawa amat tenang sekali bila kita berada dan beramal dalam raudhah..sebelah tu Makam Nabi saw..tempat jasad suci Baginda saw dan Sahabat karib beliau "baring beristirehat" bersama Baginda saw..Saidina Abu Bakar ra & Saidina Umar ra..

Kadang2 bergenang airmata ini bila tenung dan renung lama-lama mimbar Nabi saw..lihat Makam Baginda saw dan Sahabat karib Baginda saw..sayu hati ini..kenangkan betapa besarnya pengorbanan Baginda saw dan Sahabat2 Baginda saw untuk sebarkan Islam..kenangkan bagaimana Nabi saw, Abu Bakar ra dan Umar ra serta sahabat dari Mekah tinggalkan tanah tumpah kelahiran mereka dan terus ke Madinah hanya untuk pastikan Islam tersebar..

Kalau kita 'resapkan" perjuangan Nabi saw dan Sahabat2nya semasa dalam Masjid Nabawi dalam hati kita..kita takkan sanggup lukakan hati Nabi saw..kita takkan sanggup jual Islam dengan harga yang amat murah..adehhh..


Itu adalah mehrab Nabi saw ketika Baginda saw menjadi Imam..ramai yang dok beratur nak solat 2 rakaat dan doa dalam mehrab tersebut..kali ni ambo tak ambil Q beratur..biarlah..bagi peluang pada orang yang pertama kali datang..kebetulan terlampau ramai masa tu..sayang nak tinggalkan tempat kita dalam Raudhah..

Di Masjid Nabawi terdapat beberapa mihrab: Mihrab Nabawi (di timur mimbar), tempat pertama kali Nabi Muhammad s.a.w mengimami solat berjemaah; Mihrab Sulaiman (di sebelah mimbar), hadiah Sultan Sulaiman bin Salim (Turki); Mihrab Uthmani (di tengah kiblat); Mihrab Tahajjud (di sebelah utara), tempat Nabi s.a.w sering melakukan solat tahajjud; dan Mihrab al-Majidi (di sebelah utara), tempat berkumpul ahl as-suffah, Muhajirin yang kehabisan bekalan ketika hijrah ke Madinah.



hehe tiap kali masuk Masjid Nabawi ataupun Masjidilharam jangan lepaskan peluang minum air zam zam walaupun seteguk..air minum yang keluar dari celah batu d perut bumi hasil pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya...

bersambung...
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger