Label 10

Home » » MCA BANTU KAUM CINA YANG TERANIAYA JADI HAMBA SEKS !! CINA YG HINA MELAYU JUMPA DAP ??

MCA BANTU KAUM CINA YANG TERANIAYA JADI HAMBA SEKS !! CINA YG HINA MELAYU JUMPA DAP ??

Written By AAKJ on Tuesday, February 21, 2012 | 11:09 PM


Seorang peniaga terpaksa menjadi hamba seks kepada bekas teman lelakinya selama enam bulan ekoran bimbang gambar bogelnya didedahkan jika dia enggan memenuhi nafsu lelaki berkenaan sejurus selepas mereka berpisah pada Julai tahun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, berkata, sejak perpisahan itu, dia terpaksa memenuhi kehendak bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Teh sehingga Disember tahun lalu.

“Saya nekad untuk mengelakkan diri kerana tidak tahan lagi dengan ugutan dia kerana saya ingin menjalani kehidupan dengan aman.

 

“Dia bukan sahaja sering mengugut untuk menyebarkan 80 keping gambar bogel saya di laman web termasuk menghantarnya kepada rakan dan ahli keluarga jika saya tidak menuruti kehendaknya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat olehnya di Balai Polis Jalan Bandar di sini pada 12 Februari lalu yang juga tarikh terakhir dia diugut oleh lelaki berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya, dia pernah menjalinkan hubungan bersama Teh yang bekerja di bidang teknologi maklumat pada tahun 2000 tetapi telah berpisah pada tahun 2003.

“Namun, kami kembali bersama pada tahun 2010 selepas saya bercerai dengan suami saya pada tahun 2009,” tambahnya yang turut memberitahu, dia membenarkan gambar bogelnya diambil sebagai bukti cinta kepada Teh.

Tambah Woon, lelaki tersebut turut mengugutnya dengan menghantar gambar bogel melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) malah mendaftar akaun laman web sosial Facebook dengan menggunakan gambar separuh bogelnya.

“Saya sudah tidak tahan lagi. Tolonglah berhenti ganggu saya,” rayunya yang kini terpaksa mengambil pil tidur kerana masalah amnesia yang dihadapi akibat kes berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menasihati golongan wanita supaya jangan membenarkan teman lelaki mengambil gambar bogel mereka kerana ia boleh disalahgunakan.



BANDINGKAN DENGAN KES INI !!




Serangan pekerja KFC kepada Danny adalah kes peribadi dan terpencil yang sengaja diperbesar-besarkan. Lebih teruk apabila DAP cuba masuk campur. Oleh kerana nak menang kes saman, DAP sanggup menggadaikan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Kalau tiada propaganda berlebihan, kes ini mungkin akan senyap dalam dua atau tiga hari. Tapi kalau dah macam ni caranya, dapatlah Malaysiakini modal untuk membakar sentimen perkauman untuk beberapa minggu lagi.

tq-mymassa

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger