Mengenai skandal RM10 billion tanah yang dijual kepada Ivory Sdn Bhd,Lim Guan Eng dilihat mempunyai kepentingan didalam urusan jual beli tanah ini memandangkan beliaulah yang membuat keputusan mengenai pemberian tanah dan projek tersebut,walaupun PDC sebelum ini telah membuat perancangan untuk melaksanakan projek tersebut.
Lim Guan Eng juga harus jawap,secara teknikal bukan beretorik dengan kenyataan politik,ada banyak perkara yang terselindung disebalik skandal 10billion ini.Jika benar regim ini mengamalkan CAT,sudah pasti ia akan cekap dilaksanakan , telus dan akauntabiliti.
Nampak gaya ciri ciri CAT Guan Eng hanyalah kosmetik.Berikut kenyataan Pemuda Umno Pulau Pinang.
Salam,pemuda umno pp amat kecewa dengan dasar lge untuk tidak menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembangunan Bayan Mutiara tetapi terus mempolitikkannya dengan melibatkan pemimpin2 umno.
Untuk makluman lge,pembangunan bayan mutiara bukan masalah UMNO tetapi masalah rakyat pulau pinang tidak kira dari apa golongan samada miskin atau kaya..kolar biru atau kolar putih.
Pemuda berpendapat pengswastaan bayan mutiara adalah satu pengkhianatan kepada rakyat pp berdasarkan fakta2 berikut:
1.pelan pembangunan asal bayan mutiara telah direkabentuk oleh PDC Properties sb dan PDC Consultancy sb yang rata2nya adalah rakyat pulau pinang dan sebahagian besar daripada mereka adalah golongan profesional dan mempunyai pengalaman serta kepakaran yg amat baik berbanding dengan pemaju swasta yg dilantik.
2.pelan kebenaran merancang keseluruhan bayan mutiara telah diluluskan pada 2008/2009 yang mana kepakaran perunding yang digunakan adalah daripada PDC Properties dan PDC Consultancy.Malahan pelan bangunan bagi 1 blok kondominium telah lulus.
Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara juga mengandungi 5 blok kondominium,kawasan komersial,tapak sekolah dan tapak masjid.
3.Disamping kepakaran dan pengalaman PDC Properties dan PDC Consultancy,kerja2 pembinaan juga boleh dilaksanakan oleh PDC Nusabina yang juga merupakan anak syarikat PDC yang amat berpengalaman dalam melaksanakan pembangunan2 PDC selama ini.
4.Semua hasil kerja dan kepakaran yang ducurahkan oleh PDC Properties dan PDC Consultancy telah musnah sebegitu sahaja apabila keseluruhan pembangunan diberikan Tropicana Ivory SB yakni syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corporation Bhd.
5.tidakkah lge nampak bahawa semua kepakaran yang akan terlibat dalam pembinaan projek pembangunan ini tidaka akan mendatangkan keuntungan kepada PDC dan tidak akan ada penambaikan pengalaman dan kepakaran kepada kakitangan profesional PDC.
6.Tahukah lge jika nilai pembangunan kasar(gdv) bayan mutiara adalah 10 billion,maka Pemaju akan membuat keuntungan sekurang kurangnya 30% yakni 3 billion.Pada hakikatnya kerajaan negeri telah RUGI sebanyak rm2 billion apabila hanya mendapat keuntungan 1 billion sahaja,itupun setelah 5 tahun.
7.Keuntungan sekurang2nya sebanyak 3billion boleh diperolehi sendiri oleh PDC jika pembangunannya dilaksanakan sendiri oleh PDC memandangkan Pelan Pembangunannya telah lulus.
8.Bolehkah lge mendesak pemaju ivory untuk melantik PDC Properties dan PDC Consultancy sebagai Perunding bagi keseluruhan projek ini.Bolehkah lge mendesak ivory untuk melantik PDC Nusabina sebagai kontraktor bagi keseluruhan projek ini.
Jelas LGE bukan sahaja telah mengadaikan tanah pulau pinang tetapi juga nasib rakyat pulau pinang terutamanya golongan miskin dan sederhana.
tq-pisau
Post a Comment