Label 10

Home » » GAMBAR IMAM YANG BALING KASUT PADA HAKIM !! IMAM TAK SEMESTINYA BERIMAN !!

GAMBAR IMAM YANG BALING KASUT PADA HAKIM !! IMAM TAK SEMESTINYA BERIMAN !!

Written By AAKJ on Thursday, February 23, 2012 | 1:57 PM


Ini kisah seorang Imam PAS - Hoslan Hussain Yang - yang marah sanggup membaling kasut terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan semalam.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Beliau dikatakan diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin.

Peguam berkenaan membuat rayuan dan dijelaskan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan yang tidak diwakili perguam berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu naik marah dan melemparkan kasutnya apabila rayuannya ditolak.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa menolak bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari. Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

 Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Beliau turut mendakwa Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Beliau yang menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.

Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan. Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.



tqhambali




PROGRAM SEBEGINI DAPAT TINGKATKAN IMAN ?!!






Ibn Abi Hatim menuturkan dari jalan Sufyan ats-Tsauri, dari Abu Hayan at-Taymi, bahawa ulama' itu juga ada tiga golongan. 

Pertama: orang yang takut kepada Allah dan mengetahui hukum-hukumNya. Itulah orang alim yang sempurna. 

Kedua: orang yang takut kepada Allah tetapi tidak mengetahui hukum-hukumNya. 

Ketiga: orang yang mengetahui hukum-hukum Allah, tetapi tidak takut kepadaNya, dialah orang alim yang jahat (al-alim al-fajir). 

Pada ulama su’ atau fajir, ilmu yang dimiliki tidak dijadikan penuntun. Ia tidak beramal sesuai dengan ilmu yang ia ketahui. 

Asy-Syathibi mengatakan, “Ulama su’ adalah ulama' yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui.” 


Duit hasil kutipan tazkirah gitar karan ni halal ke zahar?..boddo mung nih !!
Share this article :

+ comments + 3 comments

February 23, 2012 at 3:08 PM

Setuju dengan tajuk ini, Imam pun ada nafsu. Tetapi akal pun ikut nafsu. Jika tak kerana nafsu tak akan dikenakan denda dan dihadapkan kemahkamahlah.

February 23, 2012 at 3:41 PM

Imam Otak Kasut ni sepatutnya dipindahkan di Surau surau berdekatan Markas PAS di Rusila...

February 29, 2012 at 2:04 PM

Ramai tak tahu siapa si Hoslan ni yg sebenarnya.Beliau sebenarnya tak layak pun jadi Imam disebabkan beberapa faktor.Bacaannya banyak tak betul, disiplin tak ada, selalu bawa parti politiknya ke masjid.Arahan Ketua Imam selalu diingkari.Beliau dpt jadi Imam disebabkan kelemahan seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin yg baru dihantar oleh JAWI ke Masjid Ar-Rahimah.Fathul Amin juga tak layak kerana sering tak bangun Subuh & ponteng tugas malah seorang perokok.Akhirnya Fathul Amin ditukar ke Masjid Sg Pencala, masih bawa perangai yg sama & akhirnya dipecat.Hoslan bersungguh2 minta jawatan Imam walaupun tak layak tetapi apabila diberi peluang, menunjukkan akhlak yg buruk, dgn. Ustazah Azizah sebelah kuartersnya juga bergaduh disebabkan fitnah jahat si Hoslan ini.Asalnya hanyalah Mat rempit, tidak mendapat pendidikan agama secara formal ataupun pondok.Beliau menjadi Imam tak samapaipun setahun, kemudian diberhentikan.Memang lumrah, sesiapa yg tidak berkaitan dgn masjid, diarah mengosongkan kuarters utk memberi kpd yg lain.Namun beliau degil dan membantahnya.Walaupun paip air dipotong disebabkan kedegilannya, beliau menyambung pula getah mencuri air masjid.Fitnah beliau terhadap Imam2 yg lain, AJK Masjid sudah tersebar dan penduduk setempat tahu siapa si Hoslan ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger