Label 10

Home » » ANWAR TETAP SOKONG ISRAEL !!

ANWAR TETAP SOKONG ISRAEL !!

Written By AAKJ on Friday, February 17, 2012 | 12:00 PM



Jawapan Terbaru Anwar – Israel : Bla..bla..bla, Akhirnya Sokong Israel

Dinturtle – Jom kita perhalusi spinmaster Anwar dalam cubaan terbarunya dalam menyelamatkan diri ekoran isu kenyataan Mesra Israel Anwar di AWSJ.
Dari Sinar Harian – Anwar kata pendirian Pkr yang diketuainya SAMA dengan pendirian Pas iaitu untuk melihat kewujudan Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.
Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.
( Ada dua perkara disini, pertama Anwar DAN Pas bersetuju dengan Palestin, dan kedua Anwar BERBEZA dengan Pas dalam soal kewujudan Israel kerana Pas tidak langsung iktiraf. Bermula dari sini, Anwar mula start membelit ….., mula2 Anwar bodek Pas, kemudian dia serang Umno )
“Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.
“Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia,”
“Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan,”
BLA BLA BLA …….. Kemjudian Anwar bercerita tentang perjuangan orang Palestin …
“Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.
“Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin,”
Dan diakhiri dengan kenyataan pro Israelnya –
Anwar juga menambah, seandainya perkara itu dihormati, maka kewujudan Israel akan diiktiraf.
“Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin,”
Sesiapapun lepas baca kenyataan Anwar dari awal akan berada diawangan … hilang duduk perkara .. yang awalnya jelas perbezaan boleh jadi kabur …. kalau yang tak berapa nak faham omputeh kalau baca TMI versi Omputeh , gerenti terjun laut !
Apakah Anwar telah menjawap persoalan utama – iaitu perbezaan pendirian Anwar dengan Pas ? Apakah pendirian kedua mereka sama ?
Kenapa perlu dilibatkan Umno ? Yang menjadi isu adalah PENDIRIAN ANWAR bukannya pendirian Umno. Ia menjadi isu kerana Anwar adalah Ketua Umum Pkr, yakni Ketua kepada Pas dalam PR. Jadi kenapa nak dikaitkan dengan Umno ? Bukannya Pas nak bergabung dengan Umno !
Paling senang untuk kita kembali kepada kenyataan Nik Aziz hari Isnin lalu -
“Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Apakah kenyataan itu dipersetujui oleh Anwar ? Kerana apa yang saya fahami dari kenyatan Anwar diatas, disebalik kritikan beliau kepada Umno, pendirian Anwar adalah SAMA dengan pendirian Umno !
So …. kepala ABU diluar sana, masih boleh terima kepala Anwar yang sama dengan kepala Umno ?
Tq-anwaraidc
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger