Label 10

Home » » ANWAR GELISAH BILA NIK AZIZ TAK SOKONG ISRAEL TAPI ANWAR TERIKAT DENGAN KETUANAN YAHUDI MACAMANA NI?

ANWAR GELISAH BILA NIK AZIZ TAK SOKONG ISRAEL TAPI ANWAR TERIKAT DENGAN KETUANAN YAHUDI MACAMANA NI?

Written By AAKJ on Tuesday, February 14, 2012 | 9:00 AM

anwar-nik513



Kenyataan media lewat malam Isnin oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat macam 'penampar' ke muka Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika selama ini Anwar boleh mengelak untuk berdepan dengan isu sokongan terbuka beliau kepada Israel, dengan kata dua Nik Aziz ini, dia tak boleh 'lari-lari' lagi.
Nik Aziz dalam kenyataannya berkata selaku Mursyidul Am PAS dan dengan persetujuan oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.
"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," kata Nik Aziz.
Anwar dalam satu temubual dengan akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari berkata beliau menyokong penuh usaha menjaga keselamatan Israel sebagai sebuah negara.
"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin," Kata-kata Anwar yang dipetik oleh Wall Street Journal.
Kenyataan Anwar itu dilihat banyak pihak sebagai usaha nak 'please' Amerika Syarikat dan sekutunya bagi membolehkan Anwar jadi Perdana Menteri. Cakap-cakap dikalangan penyokong Anwar sebelum ini kata, tanpa sokongan Amerika tidak akan berlaku perubahan kerajaan di Malaysia.
Bagaimanapun reaksi orang ramai terhadap pendirian Anwar itu mungkin menyebabkan PAS terpaksa membuat pendirian yang lebih tegas dalam isu tersebut.
Menyokong Israel bagi PAS selama ini adalah satu dosa besar, dan kata Nik Aziz dalam kenyataannya, PAS mengulangi pendirian sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa.
PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
"Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia," katanya.
Mengulas lanjut, kata Nik Aziz, wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis," katanya.
Menurut beliau, keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.
"Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya.-13/2/2012
Kami siarkan sepenuhnya kenyataan Nik Aziz seperti di bawah...
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H

tq-agendadaily
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger