The Jerusalem Post Raikan Sokongan Anwar Terhadap Israel
Michael Ordman penulis penyumbang di akhbar online Israel, The Jerusalem Post (jpost.com) menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel sepertimana yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
“Dan dari politik dunia, saya secara peribadi suka dengan berita yang diberi perhatian bahawa Ketua Pembangkang Malaysia (bersedia) mengiktiraf Negara Israel ketika ditanya sama ada beliau bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel”, kata Ordman dalam tulisannya di jpost.com bertajuk ‘We have lift-off‘
Ordman adalah penulis blog dari ‘Good News From Israel‘ turut diiktiraf pemikirannya oleh jpost.com kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah Negara Israel.
Pada 26 Jan lalu, WSJ telah melaporkan kenyataan Anwar yang berbunyi “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Susulan kenyataan di WSJ itu, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, menegaskan kehendaknya adalah ‘two state solution’dalam isu penyelesaian Israel-Palestin.
‘Two state solution’ merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.
“Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
“Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai ‘Two-State Solution’.” katanya.
Pada 20 Mac 2008, wartawan jpost.com, Shani Ross pernah menulis rencana bertajuk “Anwar Ibrahim : Malaysia’s Future Prime Minister?” yang memuji kejayaan Anwar dalam pilihan raya umum ke-13.
“Kejayaan PKR telah memberikan erti yang besar kepada kebangkitan kembali karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
“Sebagai seorang penyokong Islam moderat, keadilan agama, budaya dan demokrasi liberal, populariti Anwar semakin meningkat, dengan sesetengah laporan mencadangkan bahawa pakatan pembangkang perlu memenangi pilihan raya akan datang, dia (Anwar) mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia”, kata Shani Ross yang merupakan Koordinator untuk Persidangan dan Program Eksekutif, International Institute for Counter-Terrorism, Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel.
Begitu juga dengan kolumnis jpost.com, Amotz Asa-El yang menyentuh nama Anwar Ibrahim dalam rencananya berkaitan dengan homoseksual, bertajuk “Middle Israel: Oy gay!”
“Semasa saya baru menjadi pengarang berita , saya bertemu satu foto telegram dari Kaherah yang memaparkan kumpulan homoseksual ditahan beramai-ramai. Kemudian saya mengikuti kes Mahathir Mohamad , pemimpin Malaysia memecat timbalan berbakatnya, Anwar Ibrahim, dan mendakwanya atas pertuduhan liwat serta memenjarakannya atas dasar ‘jenayah’.
“Ketika mengikuti kes-kes di Mesir dan Malaysia, saya sentiasa berbangga dengan kebijaksanaan dan keberanian Haim Cohn, yang lebih ketara melindungi kaum homoseksual kerana dia seorang Yahudi yang tajam daya pemerhatian”, katanya.
Haim Cohn yang dimaksudkan oleh kolumnis jpost.com adalah Peguam Negara pertama Israel yang memutuskan untuk mengabaikan undang-undang kepada pelaku homoseksual di negara itu
tq-anwaraidc
+ comments + 1 comments
Dah jelas sokongan Anwar kpd Israel, Nik Aziz nak tunggu penjelasan apa lagi?
NURUL IZZAH CUBA SABOTAJ PENDUDUK BANGSAR!! Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment