Label 10

Home » » X'KLUSIF !! SUHAKAM LAYAN HINDRAF HARAM LEBIH DARI ORANG KAMPUNG JLN KEBUN ?!!

X'KLUSIF !! SUHAKAM LAYAN HINDRAF HARAM LEBIH DARI ORANG KAMPUNG JLN KEBUN ?!!

Written By AAKJ on Saturday, January 28, 2012 | 9:16 AM


RBF mendedahkan kebodohan Pesuruhjaya SUHAKAM Muhd Sha'ani Abdullah berikut:

Kenyataan Sha'ani semasa sidang media tersebut seperti dilaporkan oleh FMT
Shaani berkata polis sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan bukannya menggunakan hukum sendiri dengan menyerang majlis ceramah tersebut.
“Majlis diadakan oleh badan yang sah, bukannya majlis anjuran kongsi gelap. Kalau rakyat marah, pergi buat aduan polis bukan guna hukum sendiri,” katanya.

Bila masa ABU berdaftar sebagai sebuah badan yang sah ?

Bila masa pula hindraf sebuah pertubuhan haram dah jadi sah ?

Jika inilah standard seorang Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia yang ada di negara kita ternyata usaha kerajaan mewujudkan Suhakam adalah sia-sia.

Baca sepenuhnya di blog RBF sini
Bodoh sekali Pesuruhjaya SUHAKAM melayan kumpulan ABU. Hmmm .... adakah dia ini yang dikatakan ada beberapa Pesuruhjaya SUHAKAM yang bersimpati dengan NGO haluan kiri?

Takkan mereka tidak faham dan baca hak kerajaan dalam Declaration of Human Rights dalam mengawal keamanan.

Polis yang lebih pakar dan faham situasi pun anggap ini hanya wayang politik dan tidak berapa ambil endah. Ternyata apa yang katakan oleh kumpulan ABU dan Hindraf bercanggah sekali dengan apa yang dilaporkan penduduk setempat.

Baca di Sel13.com sini, laporan polis penduduk tempatan.

Selangordaily sini pun ada pandangan menarik mengenai apa sebenar berlaku, berikut:
Sememangnya PKR sudah ketandusan idea bagaimana untuk memperolehi semula sokongan daripada masyarakat India yang suatu ketika pernah menjadi tulang belakang kepada pergerakan parti tersebut.
Malangnya, PKR cuba bermain api untuk mendapatkan semula yang sudah hilang itu. Agak menarik ialah apabila PKR di bawah CheguBard cuba menjadikan UMNO sebagai mangsa yang perlu dipersalahkan agar UMNO dan Barisan Nasional dimusuhi sekaligus menarik undi serta sokongan kepada PKR.
Malangnya, helah CheguBard dan PKR yang dibantu oleh HINDRAF telah dihidu terlebih awal. Tindakan CheguBard yang cuba memprovokasi 100% penduduk kampung yang berbangsa Melayu dan beragama Islam pada waktu Maghrib, jelas memakan diri.
Tidak ada satu bunyi pun kedengaran dari Pakatan Rakyat tentang punca 1000 orang penduduk Kampung Jalan Kebun mengepung dan hampir mencetuskan sesuatu yang buruk terhadap HINDRAF dan CheguBard sendiri.
Kenapa Pesuruhjaya SUHAKAm itu tidak pula lihat perspektif hak asasi penduduk Jalan Kebun untuk beribadat dan hidup aman damai?


TQUNSPINNERS
Share this article :

+ comments + 1 comments

January 28, 2012 at 2:18 PM

Mohon kerajaan BN tukar pesuruhjaya. Nampak keterlaluan menyokong pembangkang. Pertubuhan tak berdaftar pun dikatanya sah. Samada dia dibutakan oleh sokongannya kepada pembangkang, atau dia memang tak tahu Hindraf dan ABU tak berdaftar. Apa pun kelayakannya sebagai pemerhati yang adil dan saksama wajarlah dipertikaikan. Jika dia pro pembangkan, bebaskan dia untuk berjuang bersama pembangkang. Jika dia memang jahil, carilah orang lain yang lebih sensitif tentang isu semasa, dan tidak memperlihatkan Suhakam sebagai entiti yang bodoh.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger