Label 10

Home » » woOO!! TEAM BOLA KELATE BERWAJAH BARU !! SENYUM SOKMO-HAPPY !! TAHNIAH BN !!

woOO!! TEAM BOLA KELATE BERWAJAH BARU !! SENYUM SOKMO-HAPPY !! TAHNIAH BN !!

Written By AAKJ on Sunday, January 1, 2012 | 10:16 PM


Jersi Home dan Away UMBRO dari Depan


Jersi Home dan Away UMBRO dari Belakang



Jersi Keeper UMBRO (LIGA) dan TRW (Piala AFC)


Jersi Home TRW (Piala AFC) 


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada jurulatih, Peter Bulter dan barisan pemain untuk mencongak kejayaan Red Warriors untuk musim 2012.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah memberikan yang terbaik untuk pasukan, termasuk memilih jurulatih yang kaya dengan pengalaman bagi mengemudi Red Warriors.

“Pihak pengurusan telah memberikan segala-galanya kepada pasukan. Kita pilih jurulatih yang terbaik dan mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa.

“Begitu juga dengan pemain import dan tempatan yang kita yakin mampu membentuk gandingan mantap untuk pasukan mengharungi cabaran musim 2012 ini.

“Pengurusan hanya boleh beri rempah ratus dan yang akan bertanggungjawab menentukan bagaimana untuk ‘memasak makanan’ tersebut adalah jurulatih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Jersi Kelantan 2012 dan penjualan tiket secara dalam talian di Dewan Utama Kelantan Trade Center (KTC) di sini, semalam.

Tambah Annuar, pihaknya telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada jurulatih dan pemain dalam menentukan hala tuju TRW bagi mengharungi saingan musim hadapan bermula awal Januari ini.

“Kita telah tetapkan KPI kepada jurulatih. Dia (Bulter) tidak boleh capai kurang daripada apa yang telah dilakukan oleh jurulatih sebelum ini.

“Tahun ini Kelantan juara Liga Super, jadi kita mahu pertahankan kejuaraan tersebut.

“Begitu juga dengan Piala FA, musim ini naib juara, 2012 kita mahu juara. Untuk Piala Malaysia kita mahu kembali beraksi dalam pentas akhir di Bukit Jalil. Sasaran ini perlu dipenuhi dalam tempoh dua tahun sepanjang beliau menjawat jawatan selaku jurulatih,” ujarnya.

Annuar memberitahu, pihaknya menyediakan laporan mingguan untuk memantau persembahan pemain sama ada mereka mencapai KPI yang ditetapkan atau sebaliknya.

Katanya, mana-mana pemain TRW yang beraksi di bawah tahap sebenar akan diberikan notis dan surat amaran oleh jawatankuasa pasukan.

Justeru tambah beliau, semua pemain harus bekerja keras untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan.

Kredit Kepada Kelate.NET


Kami ingat lagi sebelum Tan Sri Annuar Musa (TAM) ambil alih KAFA, pasukan ini sentiasa bergelumang dalam kelompok tercorot liga Malaysia. Malahan pernah satu ketika, bermain hanya dalam liga FAM dan seringkali terlibat dalam pergaduhan dalam padang.

Tetapi sekitr penghujung tahun 2005 mengubah segalanya. Sebaik TAM ambil alih daripada Kerajaan Negeri PAS, Kelantan FA mengalami transformasi yang menakjubkan.

Bermula dengan rebranding kepada gelaran The Red Warriors (TRW), TAM bukan setakat menguatkan pasukan, malah KAFA juga mempunyai rangkaian merchandising mereka sendiri. Bermula dengan jersi NIKE, TAM yang begitu fanatik terhadap MU telah berkeras meminta NIKE menghasilkan sebuah jersi ala MU untuk Kelantan. Namun dek kerana ketika itu kantung KAFA masih lagi baru hendak mula diisi, hasrat tersebut terpaksa dilupakan buat sementara waktu dan settle dengan jersi NIKE kosong yang dibeli persatuan.

Tahun berikutnya bermula era merchandising buat KAFA. Sportzone (bekas franchisee Lotto) menaja dan mereka jersi Kelantan mengikut motif BATIK. Jersi tersebut sangat popular sehinggakan begitu sukar untuk mendapatkan yang original. Jersi dan barangan peminat pula habis dijual sekelip mata. Dan ketika inilah juga TAM menerapkan unsur BN dalam jersi Kelantan, buat pertama kalinya Kelantan mengenakan warna biru sebagai jersi THIRDmereka.

Dan selepas itu, barulah UMBRO mengambil alih dan kini bukan setakat menaja, bahkan mereka bentuk jersi khas untuk pasukan Kelantan. Untuk makluman pembaca, jenama-jenama besar seperti UMBRO tidak akan mereka bentuk jersi khas kepada sesebuah pasukan andainya pasukan itu tidak mempunyai kualiti dan nilai. Jelas kini TRW setanding dengan pasukan-pasukan eropah dan gergasi asia yang lain!

Inilah hasilnya apabila seorang pemimpin BN diberi peluang untuk menguruskan sesuatu perkara. Jika sebuah pasukan corot seperti Kelantan dapat ditransformasi menjadi gergasi Malaysia, bayangkanlah negeri Kelantan jika BN diberi peluang memerintah.

Jadi, ayuh rakyat Kelantan. Jadikan TRW sebagai azam 2012 semangat Gelombang MERAH untuk UBAH kembali kepada BN! Sayangi Kelate! Gomo Kelate GOMO!  
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger