Home »
» TERKINI !! LIVE BERSAMA ADIK AMALINA BERSAMA WARTAWAN MELALUI SKYPE !! SESSI SOAL JAWAB-6 VIDEO !!
TERKINI !! LIVE BERSAMA ADIK AMALINA BERSAMA WARTAWAN MELALUI SKYPE !! SESSI SOAL JAWAB-6 VIDEO !!
Written By AAKJ on Thursday, January 5, 2012 | 8:09 PM
Baru-baru ini, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.
Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.
Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.
Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan. Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.
Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.
Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.
Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.
Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:
Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang, Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya, Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.
Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto ‘legging’ dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:
Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya, walhal ia dibeli oleh ibunya.
Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina:
Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.
Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.
Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:
June – sekarang: Medical Research Intern Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh
Feb – May 2010 ERASMUS Research Intern CHDR, The Netherlands
Aug – Sept 2009 District Medical Officer Meru District Hospital, Tanzania Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.
Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.
Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.
Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012
di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.
She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.
Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku, Nur Amalina juga
dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik “The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)” di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
PERJUANGAN UMNO TIADA PENGHUJUNGNYA..
-
- TERKINI
- PAU 2020
- INFO
- MUAT TURUN
- BERITA UTAMA
- BERITA LAIN
- RENCANA
- GALERI FOTO
- LIVE
Type your search query ...
BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..
-
🔥Di seluruh dunia 1.65 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19. 120
buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang
menye...
(VIDEO) Berlaku Letupan Semasa Pembukaan #LIMA15 ?
-
Milikan terbaru pesawat pengangkut A400M 'Charlie' oleh Tentera Udara Di
Raja Malaysia (TUDM) meningkatkan keupayaan ketenteraan negara selari
dengan per...
Pengumuman Bakal Pengganti Noh Omar Makin Hampir
-
Hari ini dalam akhbar Sinar Harian ada tajuk gempar tentang kemungkinan
dalam masa terdekat berlaku perubahan pucuk pimpinan Umno Selangor.
Menurut akh...
Rombakan Kabinet Perkara Biasa, Bukan Isu
-
Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat. Perlantikan beliau sejak dari
awal menim...
GERAM DENGAN JERAWAT KAT MUKA???
-
Dah bosan mencuba macam-macam produk utk hilangkan jerawat??
Kali ini biar ZARRA yang bantu. Produk ZARRA lulus Kem Kesihatan Msia,
Halal & menggunakan ba...
Post a Comment