Mendengarkan pertanyaan itu, iblis bernama Si Putih berjanji akan melakukannya. Si Putih mengatur langkah dengan mencukur licin tengah-tengah kepalanya dan berpakaian seperti pakaian yang dipakai oleh Barsisa, yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang rahib yang salih dan ahli ibadah.
Kemudian ia pergi ke tempat Barsisa beribadat. Setibanya di sana dia terus memberi salam, tetapi tidak mendapat jawapan. Barsisa tidak berhenti daripada sembahyangnya kecuali setelah 10 hari.
Ia hanya berhenti makan sekali dalam 10 hari. Melihatkan Barsisa tidak memperdulikannya, Si Putih pun ikut Barsisa sembahyang dan beribadat. Apabila Barsisa berhenti sembahyang, ia ternampak Si Putih sedang berdiri sembahyang seperti kelakuan seorang ahli ibadat.
“Saudara memanggil saya ketika sembahyang tadi. Apa hajat saudara?”
“Hajat saya, saya ingin bersama tuan. Berguru kepada tuan. Agar dapat saya beribadah seperti yang tuan lakukan. Kita sama-sama beribadat. Tuan berdoa kepada Allah untuk diri saya dan saya berdoa untuk tuan”. Tegas Si Putih pendek.
“Apa sebenarnya hajat saudara?”
“Hajat saya ingin beribadat bersama tuan”. Jawab Si Putih dengan penuh hati-hati.
“Kalau boleh, dapat kiranya tuan izinkan saya naik ke tempat tuan beribadah”.
“Barsisa mula tertarik hati kepada Si Putih lalu mengizinkannya naik. Kemudian ia pun beribadah semula bersama-sama Si Putih selama setahun, tanpa makan kecuali selepas 40 hari, dan tidak berhenti sembahyang kecuali sekali setiap 40 hari. Kadang-kadang sampai 80 hari.
Barsisa merasa berat hendak berpisah dengan temannya tetapi ia terpaksa melepaskannya pergi. Ketika hampir pergi Si Putih berkata kepadanya.
“Sebelum saya pergi saya ingin mengajar tuan beberapa doa. Tuan boleh dunakan untuk mengubati pesakit terutamanya orang yang menderita gila”.
Si Putih telah berjumpa dengan seorang lelaki, lalu mencekiknya. Kemudian ia datang menjelma dirinya berlagak seperti seorang yang pandai mengubati penyakit lalu menemui keluarga lelaki tersebut dan berkata.
“Saudara kamu kena rasuk hantu. Adakah kamu perlukan saya merawatnya?” Mereka semuanya menjawab mengatakan benar.
Lalu ia memberitahu Barsisa. Keluarga pesakit dengan segera menemui Barsisa dan memohon pertolongan daripadanya. Apabila Barsisa membaca doa yang diberi oleh iblis dahulu, maka pesakit pun sembuh.
“Ya”. Jawab mereka semua dalam kecemasan.
“Perempuan ini dirasuk syaitan. Sayangnya saya tidak berupaya hendak mengubatinya.
Tetapi kalau tuan-tuan mahu, tuan-tuan boleh berjumpa dengan seorang lelaki yang banyak ilmu, dia boleh mengubati orang kena rasuk. Kamu bawa perempuan itu kepadanya. Bila ia sakit dirasuk syaitan dia akan berdoa kepada Allah dan pesakit akan sembuh.” “Bagaimana kita semua hendak berbuat demikian. Dia seorang lelaki ternama lagi tinggi martabatnya?” Tanya keluarga perempuan tersebut.
Setelah itu dia pun kembali sembahyang semula. Syaitan datang lagi dan mencekiknya. Barsisa datang untuk mengubatinya. Ketika itu si perempuan yang sedang sakit itu tidak sedarkan diri pakaiannya terlucut dari badan.
Syaitan datang membisikkan di hati Barsisa, serta mengapi-apikannya supaya melakukan zina. Ini adalah peluang keemasan yang tidak mudah diperolehi. Selepas itu dia boleh bertaubat. Dia akan memperolehi apa yang dia mahu. Begitulah bisikan dan godaan iblis syaitan berulang kali. Akhirnya Barsisa tidak berupaya hendak mengawal dirinya lalu melakukan zina.
Dia mengulangi perbuatannya tadi beberapa kali hingga perempuan itu besar kandungannya.
“Alangkahnya celakanya engkau wahai Barsisa. Kau telah melakukan perbuatan jenayah. Melakukan zina dengan perempuan yang diamanahkan kepada kau. Tidakkah kau malu bila keluarganya datang dan melihat anaknya hamil”?
“Untuk mengelakkan diri daripada kecelakaan, mungkin kau perlu bunuh perempuan itu. Nanti bila saudara-saudaranya datang, katakana pada mereka yang perempuan itu telah dirasuk syaitan, kau tidak berupaya merawatnya…”
Kemudian syaitan pergi kepada saudaranya yang paling muda dan mendatangkan mimpi yang sama seperti yang dilakukan kepada saudara-saudaranya yang lain. Saudara yang muda ini telah memberitahu abang-abangnya tentang perkara yang telah dilihat dalam mimpinya. Akhirnya, mereka mengaku bermimpikan mimpi tentang hal yang sama.
Ketika Barsisa dinaikkan ke atas tiang salib, syaitan datang bertanya.
“Tidak”. Jawab Barsisa pendek.
“Akulah temanmu yang mengajar engkau doa-doa, maka aku perkenankan permintaanmu. Alangkah celakanya engkau. Engkau tidak malu kerana mengkhianati amanah yang dipertaruhkan kepadamu. Sesungguhnya aku sangka engkau adalah orang yang paling patuh dan taat perintah Tuhan dari kalangan Bani Israil. Kau tidak malu. Akulah yang menipu engkau.”. Si syaitan menyambung.
“Apa yang patut kau lakukan.” Harapan Barsisa kepada syaitan.
“Apa dia” Tanya Barsisa lagi.
“Engkau sujud kepadaku.”
“Baik. Aku akan lakukan.” Barsisa berjanji akan sujud.
Ketika sujud iblis berkata, “Inilah yang aku mahukan darimu selama ini. Iaitu mengajak kau menjadi kafir. Kau akan menanggung akibat perbuatanmu dan aku takut kepada Tuhan.” Lalu iblis pun meninggalkan Barsisa.
Ketika itu juga Barisa menerima tikaman tombak dan panah. Ia mati dalam keadaan kafir.
Demikianlah kesudahan seorang ahli ibadah yang telah menghabiskan masa hampir 80 tahun dengan beribadah sahaja dan tidak pernah melakukan maksiat akhirnya berjaya ditewaskan oleh iblis laknatullah. Apatah lagi kita yang ibadahnya tidak pernah sempurna.. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita hingga ke akhir hayat.
Kisah ini diambil dari buku Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah oleh Prof. Dr Haron Din dan Dr. Amran Kasimin cetakan tahun 1990 (buku ini tiada lagi di pasaran setelah digantikan dengan cetakan tahun 1997 - cetakan 1997 ini tidak lagi mencatatkan kisah Barsisa ini).
+ comments + 6 comments
betul ke lelaki campur dgn wanita?
Kat Mekah camner?
Ko ni kalau x cukup ilmu agama jangan menulis....ko punyer tulisan ni aku da tau ko nyer level kt mane
Elton John tu memang da Haram, naper x bandingkan ngan kt ICT tu skali...bangang!!!!
Muslim brothers... biarkan anjing ini menyalak bukit.... biarkan....
Kesian dekat pakcik kan. Saya yang muda ni pun Alhamdulillah masih dapat nilai mana baik mana buruk. Yang pakcik tak puas hati sangat kenapa dengan Ustaz ni. Dia ada buat salah kat pakcik ke? pelik2 la apa yang pakcik tunjukkan ni. Semoga hati pakcik terbuka dan buang la sifat hasad dengki tu. Sesungguhnya Allah sangat membenci org yg punyai perasaan sebegitu. InsyaAllah. Saya doakan pakcik :)
Post a Comment