Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.
Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu.
"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.
Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Pakatan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya.
"Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.
Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.
Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.

mehh kat sini :
Post a Comment