Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.
Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing.
Bukannya memakai jubah atau purdah pun!
Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.
Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!
Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Penceramah bebas yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah, Ustaz Muhamad Abdullah, berkata tindakan itu dianggap tidak wajar dan seolah-olah satu diskriminasi agama serta penganiayaan terhadap kanak-kanak terbabit.
” Saya sentiasa menggalakkan kanak-kanak ini menutup aurat walaupun dalam sukan seperti renang kerana bagi saya ia adalah wajar memandangkan Islam melarang kita mendedahkan aurat.
” Malangnya mereka menafikan pula hak anak-anak ini….kalau berlaku di negara bukan Islam kita fahamlah, tapi ni di Shah Alam.
” Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur, sampai beginikah teruknya kita orang Islam hingga terpinggir di negara sendiri?,” kata Muhammad kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Bagi penulis ini adalah satu perkara yang cukup melampau apatah lagi bila ianya berlaku pada kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyertai pertandingan seperti itu.
Apa yang dihairankan sangat dengan peraturan FINA itu, ini hanya pertandingan biasa bukannya untuk mengejar gelaran dunia atau pun Olimpik.
Tak mungkin FINA ‘gam’ sukan renang di Malaysia hanya kerana 20 orang kanak-kanak Islam memakai pakaian renang Muslim kat Shah Alam itu.
Lagipun apa maknanya Islam sebagai agama rasmi di negara ini kalau ia boleh diperlekehkan begitu saja?
Kredit: MyNewsHub
Post a Comment