Label 10

Home » » PERANCANGAN MEREKA SAMA !! PARTI ANAK BERANAK !! DEDAH KHAS !

PERANCANGAN MEREKA SAMA !! PARTI ANAK BERANAK !! DEDAH KHAS !

Written By AAKJ on Wednesday, January 18, 2012 | 9:35 AM





STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA

PULAU MELAKA 13 July- Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan - Pas.



Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.


Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.

Stesyen Petronas bersama dengan tanah sekarang bernilai RM1 juta. Nik Aziz jutawan



TUAN SABARIAH SEORANG JUTAWAN.

PULAU MELAKA 13 July- Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli. Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.

Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.


Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?

Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.



HARTA MILIK NIK AZIZ DAN KELUARGA BERNILAI RM10 JUTA

SEKOLAH MILIK NIK AZIZ BERNILAI RM 6 JUTA


KEDAI LALAT 13 July - Sekolah Agama persendirian kebanyakan yang ada di Kelantan adalah milik persendirian. Makna milik persendirian ialah tanah dan bangunan hak peribadi atau milik keluarga. Nik Aziz memiliki Kompleks Sekolah Maahad Darul Anwar ( sempena nama Anuwar Ibrahim). Nik Aziz membesar sekolah ini dengan cepat dalam tempoh 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan sebuah Kompleks Sekolah Agama terbesar milik persendirian di negara ini.

Sebelum ini sekolah Nik Aziz dapat menampung 500 orang murid sahaja. Tapi sekarang boleh menampung 2,000 orang pelajar dengan asrama disediakan. Setiap pelajar dikenakan bayaran mengikut tahun pengajian masing-masing.

Pada tahun 1990 Nik Aziz mengeluarkan arahan supaya mana-mana majlis rasmi yang dihadiri oleh beliau penganjur tidak perlu menyediakan hadiah atau saguhati, kerana itu duit rakyat. Tetapi pada tahun 2005 sebuah syarikat Cina telah membina secara percuma bangunan 4 tingkat dalam komplekas sekolah itu sebagai hadiah kepada Nik Aziz.

Jika anda yang masih mahu membaca hal tok guru ini sila clik link di bawah.
sumber:onemanikurai


HAJI HADI N SON 



Amanat Haji Hadi punca solat berasingan


2011/12/19

MASJID Kampung Padang Landak, Jertih yang masih dijadikan tempat solat berasingan oleh penyokong PAS.
MASJID Kampung Padang Landak, Jertih yang masih dijadikan tempat solat berasingan oleh penyokong PAS.

JERTIH: Tindakan penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan berlakunya solat dua masjid dalam satu kariah didakwa berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi', yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang, hampir 30 tahun lalu.



Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Kecik, 59, mendakwa tidak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan isu yang berlarutan agak lama itu kerana penyokong parti itu masih meneruskan solat secara berasingan di masjid milik PAS disebabkan terikat dengan amanat itu.


Katanya, jika Abdul Hadi tidak menarik balik amanat itu, masalah itu tidak boleh diselesaikan kerana penyokong tegar PAS tetap berpegang teguh dengan amanat berkenaan.

Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan 'Amanat Haji Hadi'. - Raja Ayub Raja Kecik, bekas AJK PAS Besut

“Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan ‘Amanat Haji Hadi’.



“Masalah itu masih berlaku di beberapa daerah Terengganu termasuk di Besut hanya boleh diselesaikan oleh Presiden PAS (Hadi) sendiri kerana kejadian itu berpunca daripada amanat beliau sendiri,” katanya. 





PULAU PINANG, 18 Okt – Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lagi.

Mengulas perkara tersebut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin berkata walaupun perkara ini tiada bukti sahih namun selaku Ketua Menteri, Guan Eng perlu menjawab isu ini demi memulihkan imejnya.

Katanya, sebelum ini Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.

“Guan Eng harus menjawab adakah benar anaknya telah ditukarkan sekolah dan mengapa?

“Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Penjelasan perlu dibuat dan jangan menuding jari kepada UMNO apabila isu ini tersebar kerana yang pasti UMNO tidak ada kena mengena. Bukan UMNO yang mengarahkan anaknya mencabul,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Sekiranya Guan Eng enggan memberikan sebarang penjelasan dan terus mengelak tambahnya masyarakat akan menganggap bahawa dakwaan tersebut adalah benar.

“Perkara ini melibatkan soal moral dan maruah diri. Saya amat risau mengenai perkara ini kerana sekiranya benar, Guan dilihat telah menggunakan duit untuk menyelesaikan masalah dan mungkin, saya kata mungkin ini bukan pertama kali dia menggunakan cara ini untuk menyelesaikan sebarang masalah.

“Saya lihat, pakatan pembangkang sering dilanda masalah moral. Sebelum ini Mat Sabu dengan kes khalwatnya, Anwar Ibrahim dengan kes liwat, beberapa ADUN Pas turut dikaitkan dengan kes khalwat dan kini anak Guan Eng pula terlibat dengan masalah cabul. Ini menunjukkan pakatan pembangkang adalah sebuah parti yang penuh masalah dan tidak boleh diharapkan untuk membela nasib rakyat,” jelasnya lagi.

Anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun baru-baru ini didakwa telah meramas payudara rakan sekelasnya.

Ekoran kejadian tersebut, dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Cina Heng Eee dikatakan telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier’s Institution.

Guan Eng pula didakwa telah membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada keluarga mangsa sebagai bayaran menutup mulut.

Namun, sehingga kini masih tiada sebarang bukti mengenai dakwaan ini. Guan Eng yang terus didesak oleh wartawan untuk mejawab kontroversi ini terus mengelak dari memberikan sebarang jawapan.

Semalam, dalam sidang medianya, Guan Eng menjelaskan dia tidak perlu menjawab semua provokasi yang ditimbulkan oleh UMNO kerana dia mempunyai tanggungjawab yang lebih penting daripada melayan isu remeh ini. -MediaUMNO

BONGKAR KISAH BAPAK KEPADA ANAK CABUL BIJI..EHH BUAH DADA !

Semasa di Melaka dulu,Lim Guan Eng pernah membuat satu tabung yang bernama Tabung Selamatkan Bukit China di tahun 80 an.

Ceritanya begini,ada satu kawasan berbukit di tengah-tengah Bandar Melaka yang bernama Bukit Cina. Sebahagian daripada Bukit Cina ini terdapat perkuburan cina yang lama. Sebahagian lagi masih kosong. Memandangkan lokasi tersebut berada di tengah-tengah Bandar Melaka,maka ianya sudah pasti mempunyai nilai yang tinggi.

Kerajaan Melaka pada masa itu dipimpin oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik selaku KM ingin memajukan kawasan tersebut di bahagian yang masih kosong. Kerajaan Melaka mencadangkan untuk memberi tanah di tempat lain sebagai ganti. Kerajaan Negeri tidak akan mengusik tanah yang sudah ada kubur. Mereka hanya ingin memajukan di kawasan yang kosong sahaja.

Perkara ini telah telah menimbulkan keributan di kalangan orang-orang cina di Melaka dan seluruh negara. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,telah menghasut dan mengapi-apikan orang-orang cina. Mereka berkata orang melayu cuba membina bangunan di kepala datuk nenek moyang mereka yang telah mati. Mereka juga telah melancarkan satu tabung yang bernama Tabung Bukit Cina.

Kerajaan BN dan Umno sebagai tunjangnya pada masa itu telah berbincang dengan panjang lebar tentang perkara ini,kerana mereka bimbang rusuhan kaum akan berlaku disebabkan oleh dua orang penghasut ini. Maka Tun Dr.Mahathir pada masa itu sebagai PM dan Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai KM telah mengambil keputusan membatalkan rancangan tersebut. Umno beralah lagi.... Tidak menjadi masalah,One Malaysia punya pasal.,walaupun One Malaysia belum dilancarkan lagi pada waktu itu,tapi ianya telah pun wujud .

Sehingga kini ,kubur tersebut tidak terusik dan tiada satu pun binaan di tanah perkuburan terbabit di runtuhkan. Kerana perkara ini juga,dendam Guan Eng kepada Rahim Thamby Chik tidak pernah habis dan beliau membuat satu surat layang fitnah terhadap Rahim sehingga beliau disumbat dalam penjara.

Persoalan yang timbul disini ialah, dimana duit Tabung Bukit Cina yang dikutip oleh dua beranak tersebut berada sekarang ? Sehingga kini ianya masih misteri. Bila ditanya oleh orang-orang Melaka Lim Guan Eng sering memberi seribu satu alasan. Itu sudah lama ma.....tutup celita ma..... Mengapa ianya tidak didedah dan dibentangkan kepada umum sehingga kini ?

Cerita kedua, juga dari Melaka. Dalam tahun 2001 , Kerajaan Melaka membuat projek menambak laut di Kg.Portugis. Dalam diam-diam Lim Guan Eng telah pergi berjumpa dengan kontraktor yang diberi projek tersebut dan beliau meminta RM 100 ribu daripada kontraktor berkenaan. Kononnnya untuk diberi sebagai pampasan kepada nelayan-nelayan di perkampungan terbabit. Kontraktor tersebut memberi kepadanya jumlah yang diminta. Tetapi malangnya wang berkenaan tidak sampai kepada nelayan.

Selepas 5-6 tahun kemudian perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri Melaka. MCA Melaka bergegas berjumpa dengan Lim Guan Eng dan bertanyakan wang tersebut. Dijawabnya olehnya yang wang berkenaan berada di P.Pinang dengan peguamnya iaitu Karpal Singh. Lantas MCA bertanya Karpal Singh,benarkah wang tersebut ada bersamanya,dan Karpal mengakuinya.

Lalu MCA meminta mereka memberi wang tersebut diberi kepada nelayan yang berkenaan. Selepas itu barulah mereka agih-agihkan wang berkenaan kepada nelayan. Setelah 5-6 tahun baru mereka agih. Cuba bayangkan jika MCA tidak mendesak atau Kerajaan Negeri tidak mengetahui perkara berkenaan , apa yang akan terjadi kepada wang tersebut. Inikah yang dinamakan Khalifah ?

Satu lagi cerita dari Melaka ialah, Lim Guan Eng cuba menjadikan DAP sebagi gerakan kristian. Ini amat tidak disenangi oleh orang-orang cina yang beragama buddha. Lim Guan Eng adalah seorang Kristian,tetapi beliau tidak memakai nama kristian. Isterinya Betty Chew memakai nama kristian. Mengikut cerita yang sampai kepada saya daripada Mr.Tan di Melaka seperti berikut katanya, "Lu tau maa..,ini cina sama colok talak boleh kasi pisah. Tapi ini Guan Eng maa..dia talak pegang itu colok. Lu lilat (lihat) belapa kuat dia punya klistian".

Disebabkan perkara-perkara inilah menyebabkan Lim Guan Eng ditolak oleh orang-orang DAP di Melaka.

Lalu beliau beralih arah ke P.Pinang pula. 






Karpal degil, tetap saman Sultan


KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, beliau tetap akan meneruskan rancangannya untuk menyaman Sultan Perak kerana menurutnya tindakan itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang.


Katanya, beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya tindakannya itu tidak mengikut lunas undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, Karpal juga berkata, beliau tidak akan memohon maaf kerana menganggap rancangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah bukan berupa penghinaan atau mencabar kedaulatan sultan.

“Selepas tahun 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan satu mahkamah khas ditubuhkan di mana secara jelas menyatakan raja-raja dan sultan boleh dibawa ke mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut bila beliau akan mengemukakan saman itu.

Sementara itu, perkarangan Mahkamah Tinggi di Ipoh dipenuhi petugas media, polis dan kira-kira 100 orang yang memakai lilitan kain berwarna kuning dengan tulisan 'Daulat Tuanku' ekoran ura-ura Karpal akan mengemukakan samannya semalam.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 pagi dan bersurai kira-kira pukul 3 petang selepas menerima maklumat Karpal tidak akan hadir kerana beliau berada di ibu negara.

Anak Karpal, Gobind Singh Deo ketika dihubungi mengesahkan Karpal tidak akan memfailkan saman itu semalam.

Sementara itu, pada pukul 10 pagi semalam di pejabat Karpal di Jalan Pudu di sini, kira-kira 200 anggota Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor mengadakan demonstrasi aman bagi membantah hasrat Karpal itu.


Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, tindakan Karpal dianggap biadap dan kurang ajar kerana tidak memikiran sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Di Ipoh, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilucut jawatan Menteri Besar memberitahu sidang media bahawa Pakatan Rakyat akan memfailkan saman bagi mencabar pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Mahkamah Tinggi. 






YANG CERITA ANWAR ..AZMIN ..SAMSIDAR..ANAK BERANAK DEPA TU AKU MALAS NAK TULIS...TUNGGU MASA NAK SELAK KAIN ANAK AZMIN DAN SAMSIDAR !!

DUA KELUARGA NI KITA KELUARKAN VIDEO BARU RAKYAT FAHAM !! KEH KEH !!

KAT MANA SAMANYA MEREKA SEMUA NI....bersambungggg !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger