DARI RAKAN FACEBOOK !
TERIMA KASIH !
Macam biasolah...juak2 PR mesti ckp diorg ni mesti bukan ahli PAS,DAP atau PKR....kehkehkeh.....kat N9 bilo lg juak2 PR nak kuar parti.....kuar diam2 pun takpo klu malu.... Hampir 200 bekas anggota PKR dan DAP hari ini menyatakan ikrar menyokong Barisan Nasional (BN) dan sedia membantu parti itu pada pilihan raya umum akan datang. Majlis melafazkan ikrar itu diketuai bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang kini menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan) di hadapan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Khusairi Talib yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Pada majlis Minum Petang Ikrar Sokong BN Bersama Menteri Besar itu di sini, Khusairi berkata beliau kagum dengan semangat yang ditunjukkan mereka dan akan menyampaikan ikrar itu kepada Zambry. Sementara itu, dalam ucapannya Fauzi berkata beliau merupakan antara pengasas PKR di Perak pada 1999 dan mengambil keputusan keluar parti itu kira-kira 10 tahun lepas. Keputusannya itu dibuat memandangkan kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ekoran tiada parti teras serta perbezaan ideologi yang amat jelas, katanya. Kaedah yang diguna pakai BN selama ini ternyata lebih berkesan dalampengurusan politik kerana Umno diakui menjadi parti teras oleh semua parti komponen lain, katanya. Beliau berkata ia amat berbeza dengan pakatan pembangkang PAS-DAP-PKRsehingga menyebabkan berlaku perebutan kuasa sesama mereka serta jurang perbezaan pendapat sangat luas. |
+ comments + 3 comments
aku tengok muka2 yg kononya keluar dap ni semua muka mangkarq kata org kedah.
kalau durian,cuma bolih buat tempoyak saja.
muka2 nilah yg kuat kempen menentang bn dulu.
bila dalam pakatan depa tak dapat apa2,mula buat cerita keluarq parti.
jenis manusia bewak semua ni.
tak dapat makan bangkai,kata bangkai tu busuk.
pirahhhh.....mabok.
Bukan muka dia yang penting..tetapi undi...tak kira la muka bewak ker muka buaya ker..yang penting undi...tahu la PKR nak muka-muka jambu jer..
yer ker...???
Post a Comment