Label 10

Home » » PEMIMPIN ATAU BAKAL CALON PRU SILA BACA !! ISU ANWAR DAN SAIFUL BUKAN ISU UMNO BN !! JANGAN JADI BODDO KATA MAMAT NANANG TUH HAHA!!

PEMIMPIN ATAU BAKAL CALON PRU SILA BACA !! ISU ANWAR DAN SAIFUL BUKAN ISU UMNO BN !! JANGAN JADI BODDO KATA MAMAT NANANG TUH HAHA!!

Written By AAKJ on Wednesday, January 11, 2012 | 12:59 PM


"Dia Liwat Saya"

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik.keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkanketerangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Tu lah kenyataan Hakim yang mana telah membebaskan Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat. Semalam Gomo dah berikan penjelasan dan senaraikan keistimewaan yang Anwar Ibrahim perolehi sepanjang perbicaraan nya. KLIK DISINI.

Hari ini Gomo akan memberikan pula pandangan dan pendapat Gomo mengenai keputusan hakim dalam kes liwat Anwar Ibrahim yang meliwat Saiful Bukhari.

mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik

Sampel DNA yang dimaksudkan hakim adalah sampel yang mana diperolehi dari Dubur Saiful Bukhari dan juga DNA yang diperolehi dari lokasi kejadian liwat berlaku. Dalam hal ini Gomo sememangnya tidak berpuas hati dan merasakan keputusan Hakim yang menyatakan Integriti sampel DNA telah pun terusik dan tidak relevan untuk menyabitkan Anwar Ibrahim dalam kes ini.


Sepanjang perbicaraan pihak mahkamah tidak sekali pun mempertikaikan sampel DNAyang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari malah sewaktu mahkamah meminta tertuduh Anwar Ibrahim pekara ini tidak dikeluarkan sama sekali.

Sepanjang pembelaan diri oleh tertuduh iaitu Anwar Ibrahim sampel DNA juga tidak diulas oleh Anwar Ibrahim yang mana membuktikan kepada semua rakyat sampel DNA tersebut diterima pakai sama sekali dan atas sebab itu Hakim meminta Anwar Ibrahim membela diri.

dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Hakim menyatakan mahkamah keberatan untuk menyabitkan Anwar Ibrahim dalam kes ini kerana hanya berdasarkan keterangan Saiful Bukhari. Keberatan bagaimana yang mahkamah nyatakan? Atas justifikasi apa keterangan Saiful Bukhari tidak boleh diterima pakai?

Saiful Bukhari memberikan keterangan secara bersumpah malah telah disoal balas oleh peguam Anwar Ibrahim dan telah menyakinkan mahkamah bahawa tertuduh Anwar Ibrahim meliwat beliau. Keterangan yang Saiful Bukhari berikan itu juga diterima hakim sehingga meminta Anwar Ibrahim untuk membela diri.

Apakah keterangan Anwar Ibrahim didalam kandang tertuduh yang mana memberikan keterangan secara tidak BERSUMPAH dan TIDAK BOLEH DISOAL BALAS PENDAKWARAYA merupakan satu keterangan yang lebih kukuh berbanding keterangan mangsa liwat Saiful Bukhari?

Atas rasional apa keterangan Saiful Bukhari yang diterima sewaktu peringkat perbicaraan dan kemudiannya apabila keputusan dikeluarkan keterangan Saiful tidak boleh diguna pakai Mahkamah? Apakah ini bermakna tertuduh mempunyai lebih Kreabiliti berbanding Saiful Bukhari?


SILA KE SINI UNTUK SETERUSNYA :


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger