KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu.
Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.
YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012
Inilah perlembagaan PAS yang terbaru. Kritik pemimpin PAS maka anda tidak akan dikenakan tindakan tetapi jika Kritik Anwar Ibrahim atau DAP tindakan buang Parti akan diambil.
Inilah PAS yang sebenar, kerana kuasa politik maka siapa yang menjadi penghalang akan disingkirkan dalam memberi laluan kepada pihak parti lain berkuasa.
Syabas YB Hassan Ali, untuk makluman juga beliau secara automatik nya digugurkan dari jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor. Percayalah semua ini adalah satu rahmat buat YB Hassan Ali yang menjadi mangsa kerakusan politik dambaan PAS.
DARI RAKAN FACEBOOK !! TERIMA KASIH !
Setiausaha PAS Selangor memulakan bicara@Rumah Dato Hassan Ali-Isu pemecatan DDHA
+ comments + 3 comments
Salam, Dato,Sya juga tumpang sedih diatas apa yang menimpa Dato,Tapi Allah itu maha mengetahui dan maha adil,Allah SWT akan sentiasa di pihak yang benar,walau pon sya bukan dari parti Pas tetapi bagi menegakkan Ugama Islam sya tetap bersama sama Dato,Mungkin selepas ini Allah SWT akan mencungkil segala kemungkaran dalam parti PAS selama ini,dan mungkin Dato terselamat dari pembalasan nyer nanti.
kenapa nak Bai'ah2 ni, Datok bukan keluar parti, dia dipecat kan. so Bai'ah tu batal la.
saya amat menyanggung prinsip perjuangan dato hassan ali.....walau dimana pon beliau, di parti mana pon tetap akan sama menyokong perjuangan beliau....
sebenarnya didalam pas ramai seperjuangan dengan beliau....ramai yg akan mengikut jejak beliau mahu menyingkirkan diri dari pas.....
Post a Comment