Label 10

Home » » KHAS !! ULASAN PERSAMAAN KES ANWAR & RAHIM TAMBY CHIK ?!!

KHAS !! ULASAN PERSAMAAN KES ANWAR & RAHIM TAMBY CHIK ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, January 11, 2012 | 8:33 AM

Sekali lagi MyMassa rasa terpaut untuk berkongsi ulasan dari blogger Helen Ang dengan pembaca MyMassa (http://helenang.wordpress.com/2012/01/10/kes-seks-yang-satu-lagi/).

Rupa-rupanya ada persamaan keputusan kes semalam dengan kes Tan Sri Rahim.
Kes seks yang satu lagi

Semalam hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menjelaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik dalam kes liwat yang dibawa Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika menyampaikan keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi itu berkata: 
“Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful. Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh [Anwar Ibrahim] oleh itu, dibebas dan dilepaskan.”

– Sinar Harian (9 Jan 2012)
Pada tahun 1994 pihak pendakwa raya tidak mengenakan caj statutory rape (mengadakan hubungan sulit dengan budak bawah umur) terhadap Abdul Rahim Tamby Chik – yang ketika itu ketua menteri Melaka – atas alasan tidak cukup bukti.

Sekiranya mahkamah hari ini keberatan untuk menyabit Anwar hanya dengan berdasarkan cerita Saiful, maka mungkin juga pendekatan yang sama dipakai dalam kes individu-individu lain yang membuat aduan. Sememangnya pendakwaan jenayah seks perlu berdasarkan bukti yang mencukupi.

Pada 28 Feb 1995, Lim Guan Eng dikenakan dua caj di mahkamah bersangkut dengan tuduhan-tuduhan yang dibuatnya terhadap Rahim.

Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan iaitu menyebut perkataan menghasut bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap pentadbiran keadilan dalam negara.

Kecenderongan menghasut juga ditakrif sebagai “mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan”.

Pada 17 Mac 1995, Guan Eng dikenakan satu lagi caj di bawah Seksyen 8A (1) Akta Penerbitan dan Pencetakan atas tuduhan mencetak risalah yang mengandungi maklumat palsu.

Guan Eng telah menggambarkan gadis yang terbabit sebagai “mangsa yang dipenjarakan” (‘imprisoned victim’). 
“The Tan Sri Rahim Tamby Chik sex scandal. Wither justice and women’s rights. Victim imprisoned, criminal free”, kata risalah yang diedarkan.
Pada hakikatnya gadis tersebut bukan ‘dipenjarakan’ tetapi ditahan di pusat pemulihan akhlak mulai Ogos 1994. Itupun dengan keredhaan dan izin bapanya.

Mengikut butir-butir yang terkandung dalam suatu kenyataan akhbar oleh Pendek binti Ahmad – iaitu nenek kepada gadis tersebut – cucunya ditiduri 14 orang lelaki.

Namun hubungan seks dianggap rogol sekiranya si pelaku seorang remaja bawah umur.

Seterusnya pada 2 Nov 1999, gadis tersebut membuat satu kenyataan menafikan bahawa beliau pernah mempunyai hubungan sulit dengan Rahim pada tahun 1994.

Gadis itu bersuara setelah Anwar mengungkitkan namanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Okt 1999, mengikut keterangan yang diberi Pendek binti Ahmad.

Guan Eng dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan untuk kesalahan di bawah Akta Hasutan dan 18 bulan lagi untuk kesalahan di bawah Akta Penerbitan dan Pencetakan tetapi dengan syarat kedua-dua hukuman itu dilaksanakan serentak.

Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Guan Eng pada 25 Ogos 1998.

Guan Eng dibebaskan pada 25 Ogos 1999 selepas menjalani setahun hukuman di Penjara Kajang.

Dia dimasukkan penjara kerana kesalahan menghasut dan menyebar maklumat palsu.

Guan Eng bukan sahaja didakwa menghasut pada tahun 1998 tetapi malah sekarang.

H’ng Khoon Leng, iaitu naib ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, telah membuatlaporan polis pada 18 Mei 2011 mengatakan Guan Eng “seolah-olah menghasut penganut Buddha dan Hindu supaya membenci orang Melayu yang beragama Islam”.

Dr Teng Hock Nan, pengerusi Gerakan Pulau Pinang, menyelar Guan Eng kononnya menimbulkan bibit-bibit kebencian.

Kata Dr Teng: 
“To those overcome by emotions, it is like Barisan did everything wrong for the last four decades. They get blinded because Lim [Guan Eng] feeds them with daily doses of hatred and at times, outright slander.”

– ‘Lim’s daily doses of hatred dangerous’, FMT (4 Sept 2011)
Sungguhpun para penyokong tegar Pakatan sering mencanangkan Guan Eng sebagai wira yang sanggup mempertahankan maruah seorang gadis Melayu, namun ketua menteri Pulau Pinang itu sebenarnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana perbuatan menghasut.

Istilah menghasut dimaksudkan sebagai menyebut perkataan-perkataan yang mendatangkan benci serta membangkitkan perasaan tidak suka terhadap kerajaan ataupun menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat serta mengembangkan permusuhan antara golongan penduduk atau antara kaum.
http://helenang.wordpress.com/2012/01/10/kes-seks-yang-satu-lagi/

Kes jenayah seksual bukan sesuatu yang mudah untuk tuan hakim buat keputusan.

Jadi, MyMassa harap mana-mana pihak tidak menyalahkan hakim yang buat keputusan semalam.

Ternyata sistem mahkamah di Malaysia bebas dan berintegriti tinggi.


*Sebar-sebarkan maklumat ini kerana ramai sebenarnya (terutamanya anak muda) tak tahu pucuk pangkal kes Tan Sri Rahim dan kaitannya dengan Guan Eng. Ramai yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan percaya dengannya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger