Label 10

Home » » KES ANWAR LIWAT SAIFUL !! HAKIM ZAHIDIN PERLUKAN MASA BERAPA LAMA LAGI ?!!

KES ANWAR LIWAT SAIFUL !! HAKIM ZAHIDIN PERLUKAN MASA BERAPA LAMA LAGI ?!!

Written By AAKJ on Saturday, January 28, 2012 | 1:26 PM


Dua hari lepas, Karpal Singh memberitahu penghakiman tertulis belum lagi sedia. Sejak Januari 9hb hingga hari ini, bermakna 18 hari sudah berlalu sejak Dato Zahidin membuat keputusan Anwar lepas atas bukti DNA yang tidak meyakinkan 100%.

Pada hari tersebut, hakim mengambil masa hanya 5 minit untuk menyampaikan keputusannya. Keadaan muka dan tubuh badannya begitu nervous sekali. Sebaik sampaikan keputusan, dia mahu lari keluar dari bilik mahkamah.

Semasa dia membuat keputusan ada kes prima facie terhadap Anwar dan dia perlu embela diri, dia ada menyatakan kenyataan Saiful adalah saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Dalam kes berkaitan jenayah seks, kekuatan kes terletak pada saksi. Dengan kenyataannya demikian, ada peguam kata bukti DNA tidak perlu untuk kuatkan kenyataan saksi lagi. Tiada perlu corroboration. Itu yang peguam ramai hairan kenapa perlu isu integriti DNA 100%.

Bertambah lagi, isu tampering sudah ditimbulkan ketika Dr Seah dan dua rakan chemist di soalbalas oleh peguambela ketika pendakwa membuat dakwaan. Ini semua sepatutnya sudah diambilkira oleh hakim ketika meminta Anwar bela diri.

Ketika pembelaan, Anwar tidak membela diri kerana memberi kenyataan saja dari kandang dituduh dan bukan kandang saksi. Kenyatannya tiada kredibiliti kerana tidak disoalbalas oleh pendakwa.

Pihak pembalaan ada membawa tiga pakar perubatan; dua adalah kononnya pakar DNA. Kenyataan pakar DNA Dr David Wells menuduh pelbagai kelemahan ujian DNA telah dipatahkan oleh pendakwaan yang berjaya mengubah pendirianya sebaik saja ditunjukkan kajian-kajian dan tulisan jurnak saintifik.

Seorang lagi pakar telah terdedah sebagai bukan pakar dan kenyataannya di Australia tidak diterima mahkamah.

Usaha desperado Anwar membawa pakar tulang belankang Dr Thomas Hoogland untuk menyatakan anwar tidak berupaya melakukan seks sodomi tidak sepatutnya berjaya. Terdedah pula integrti klinik dia mengamalkan perubatan sebagai terlibat overcharging, malpractise dan ditutup kerana banyak saman.

Dimana asas hakim integriti sampel DNA tidak 100% meyakinkan? Atas asas apa lagi bukti DNA perlu diambilkira?

Gosip yang menajdi perbualan di kantin Mahkamah Jalan Duta berkata Zahidin ada melakukan sesuatu keputusan yang pelik ketika perbicaraan.

Khabar mengatakan dia menolak sampel dengan harapan pihak pendakwa akan merayu. Bila merayu, keputusan akan dibuat oleh hakim-hakim lain di mahkamah rayuan. Khabar angin menuduh hakim Zahidin tidak mahu ambil tanggungjawab dan biarkan hakim2 lain buat keputusan.

Ini satu tuduhan yang berat terhadap hakim yang mana penghakiman yang penuh dan detail saja dapat menjawab persoalan-persoalan yang timbul dari pandangan peguam dan gosip di mahkamah.

Apa yang menahan penghakiman tertulis dari siap disediakan? Pasti bukan sebab dia mahu hakim-hakim lain tuliskan penghakiman. Itu tidak diamalkan di mahkamah kita, kan?
Share this article :

+ comments + 1 comments

January 29, 2012 at 12:54 AM

Rayuan mahkamah boleh blah la.Rayuan untuk mendapatkan bontot tu lain citer.Tu aku suka la sebabnya aku suka bontot.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger