Label 10

Home » » KARPAL !! ADA ELEMEN "SUKA SAMA SUKA ?" !! HAIYAAAAA !!

KARPAL !! ADA ELEMEN "SUKA SAMA SUKA ?" !! HAIYAAAAA !!

Written By AAKJ on Thursday, January 12, 2012 | 10:34 PM



Sebenarnya isu ‘suka sama suka’ yang bermaksud ‘perlakuan seks luar tabie di antara pasangan gay’ sudah lama dimainkan oleh para penyokong Anwar sejak kes tersebut mula-mula terbongkar kepada umum.





Suka Sama Suka

Karpal Singh dalam hujah penggulungan 25 April merumuskan Anwar perlu dilepaskan kerana kes ini sama dengan kes liwat I.

“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa,” kata Karpal. “Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu,” katanya lagi.

Keterangan Karpal itu merujuk kepada kontradiksi di antara keterangan Mohd Saiful yang menyatakan tidak bersetuju diliwat dengan pertuduhan Seksyen 377B, bermakna bersetuju.

“Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” katanya.

Karpal Singh mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat I, di mana pada awalnya hakim Mahkamah Tinggi menerima keterangan pengadu, Azizan Abu Bakar tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana didapati wujud elemen suka sama suka dalam aktiviti seks itu.

“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela diri,” katanya.

Karpal berhujah wujudnya elemen suka sama suka dalam kes liwat II terbukti apabila Saiful tidak meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, sedangkan dia boleh berbuat demikian.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful tidak menjerit atau lari dari tempat kejadian itu.

Dakwa Karpal lagi, lebih mengukuhkan lagi hujahnya selepas kejadian liwat itu, Saiful didakwa makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu bersama-sama Anwar selama 20 minit.

Kredibiliti Saiful

Kenyataan Karpal itu diteruskan lagi ketika membuat hujah penggulungan 12 Disember di mana peguam Anwar itu merumuskan Saiful berbohong apabila mendakwa tidak rela diliwat sedangkan pertuduhan merujuk kepada perbuatan sukarela.

Menurutnya, Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.

Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Saiful sebagai saksi.

Petikan dari AIDC sini
Share this article :

+ comments + 1 comments

January 13, 2012 at 2:12 PM

Si Saiful jelas dapat menolak atau terajang si Anwar jikalau paksa untuk diliwat. Tetapi di dalam kes ini, tiada kesan paksaan atau pergelutan. Jelaslah, ada yang tidak memuaskan hati si Saiful selepas kehendak nya telah di tolak oleh Si Anwar. Ibarat masalah rumah tangga, apabila sudah tidak ada persefahaman atau tidak puas hati, maka akan ke mahkamah lah jawabnya. Si Saiful sedar telah merelakan dirinya diliwat dan telah bertaubat, tapi seorang lagi ni asyik buat masalah sahaja. Banyak orang telah disusahkannya. Bila la lagi Si Anwar ni nak bertaubat?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger