Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.
Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.
Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”
“Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.
“Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.
Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.
“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita,” jawabnya.
Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti “seks suci” antara suami isteri.
“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.
“Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” katanya.
Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”
Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.
Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.
Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang.
TQMPP
KENAPA PILIH TAJUK KURANG AJAR !!
+ comments + 2 comments
memang kurang ajar, tak layak menceritakan peribadi baginda.
Diminta orang yang xkurang ajar menceritakan peribadi baginda. Mungkin TokMisaiGondrong layak. JANGAN SURUH RUJUK buku atau kitab pulak dah la.......
Post a Comment