DARI RAKAN FACEBOOK !
TERIMA KASIH !
Konvensyen pembangkang hambar!
PadaSabtu lalu, di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Alor Setar, Kedah telah diadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga yang dihadiri kira-kira tidak sampai 2,000 orang.
Jumlah kehadiran itu jauh meleset daripada sasaran awal yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen, Datuk Mahfuz Omar iaitu sebanyak 7,000 perwakilan dan pemerhati.
Konvensyen sehari itu tetap diteruskan mulai pukul 9 pagi walaupun separuh daripada kerusi yang disediakan kosong. Sepanjang konvensyen itu, tiada idea baru yang dilontar kepimpinan tertinggi pembangkang sebaliknya hanya ungkapan kosong yang bersifat retorik.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang berucap mewakili parti itu pada sesi sebelah pagi hanya menyampaikan ucapan 'kitar semula' dengan mengulangi dakwaan bahawa rakyat sudah kehilangan keyakinan terhadap kerajaan.
Beliau berkata, rakyat negara ini sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
Tambahnya, rakyat mahu pihak pembangkang segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.
Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berucap mewakili parti itu juga mendendangkan lagu lama apabila berikrar untuk menghapuskan Malaysia daripada rasuah dan pembaziran; langkah yang sudah lama dilaksanakan oleh Najib.
+ comments + 2 comments
aaaaa kelakar kelakar.... pecah urat kentut gua tergelak... amik gambar sebelum konvnensyen start, pastu cakap orang tak datang... aaa klakar... klakar.... yg ni nak saman berapa boss?
kuang kuang kuang tak yah dok tunjuk gambar kat padang tu derr hahahaha ni dlam stadium kukuku tuihhhh
Post a Comment