ni kat filipina.. patut lah banyak bencana!
GAMBAR HIASAN..HAMPIR BOGEL..tuuuiiiHH !!
Hujah yang digunakan oleh penyokong Seksualiti Merdeka...
Baca seterusnya di sini (http://www.seksualitimerdeka.org/2011/11/pandangan-seorang-muslim-terhadap.html).
Apa yang MyMassa nyatakan di sini adalah yang salah tetap salah. Tak perlu menegakkan benang yang basah.
*Pandangan pembaca pula bagaimana? Pelik tetapi benar, logo PAS dan Seksualiti Merdeka ada persamaan.
Forum Seksualiti Merdeka ini, pada diri saya, tidak bercanggah dengan kepercayaan saya sebagai Islam. Sebaliknya, ia mengukuhkannya. Seperti yang tercatat di dalam Al-Quran:
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Al- Fatir 35:27-28)
Agama Islam mengajar kita bahawa kepelbagaian adalah fitrrah dan hakikat sifat ciptaan Allah. Kita diwujudkan secara berbeza dan pelbagai supaya kita mengetahui dan menghormati antara satu sama lain. Mengikut ayat A-Fatir 35:27-28, saya rasa interpretasi perkataan “warna” bukan sahaja merujuk kepada “warna benda”, ia juga merujuk kepada rupa, sifat, dan kebolehan kita. Allah berkata bahawa tiada masalah untuk Dia mewujudkan hanya satu Umat, maksudnya, insan yang serupa dari segi agama, kepercayaan, naluri dan lain-lain lagi.
Namun Dia tidak berbuat demikian kerana Allah hendak menguji ketakwaan kita terhadap Nya. Apakah kita menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai mulia seperti toleransi, hormat, kasih sayang dan belas kasihan kita untuk menerima segala ciptaan dan anugerah Allah?
“Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan peraturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kamu akan kembali semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu” (Al-Ma’idah 5:48)
Baca seterusnya di sini (http://www.seksualitimerdeka.org/2011/11/pandangan-seorang-muslim-terhadap.html).
Apa yang MyMassa nyatakan di sini adalah yang salah tetap salah. Tak perlu menegakkan benang yang basah.
*Pandangan pembaca pula bagaimana? Pelik tetapi benar, logo PAS dan Seksualiti Merdeka ada persamaan.
Post a Comment