Inilah hakikat dan realiti dunia sekarang, pentingkan kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku jika memang bayi ini dilahirkan kerana berzina. Namun, kita harus berfikiran positif dan jangan buat tuduhan melulu.
Negara Singapura adalah negara yang kecil dan undang-undang disana menghadkan kelahiran anak pada sesebuah keluarga. Jika difikirkan secara positif pun, pengguguran ini masih dianggap tidak berperikemanusiaan dan jauh terpesong dari norma-norma manusia yang mempunyai ajaran agama.
Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama janin yang berusia antara 2 minggu hingga 6 bulan. Janin tersebut dikafankan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan dalam 2 liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.
Gambar dan info ini diperolehi daripada album gambar facebook LadyZai Al-Hameed, katanya diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai.
GAMBAR HIASAN JE NIH HEHE
Post a Comment